( ambil ikhtibar dari cerita nie yer sahabat2 )
✿ Kisah
di neraka..naudzubillah…✿
( Luangkan masa utk membaca
kawan2 sahabat2 sekalian…sekejap jer..mOga mendapat ikhtibar dan manfaatnya..)
>_
Saya berjumpa fenomena menakutkan
hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan
saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali
...dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”
Seorang lelaki berwajah buruk
berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau
hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. Namun bau itu
makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung
meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat
tanpa sebarang pakaian.
Ah, ia amat menjelekkan. Bukan
hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan
dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air
nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka
berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan
meraung kepedihan.
Lelaki yang merangkak-rangkak itu
dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah
najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur
dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki
itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun
dimakan terus tanpa henti.
Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba
suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,
✿
“Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya
menjulang-julang.”
Saya terpandang sepasang lelaki
dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada
kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian
muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing
sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.
✿
“Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air
nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan
di akhirat.”
Sekumpulan manusia bertelanjang
berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan
yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka
menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti
bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh
sesama mereka.
✿
“Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa ribamerupakan kemurkaan di sisi
Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baikuntuk kamu namun
kamu memilih riba.”
Saya ketakutan. Ya Allah, di alam
manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang
kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah
taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh
seseorang.
✿ “Ya
Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang
berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia
tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah
membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan
ia ke neraka Ya Allah.”
Saya terus menangis. Seorang
naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak
melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya
menggeletar ketakutan.
Saya melihat sekumpulan wanita.
Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah,
mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu
hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?
Saya tambah menggigil apabila
melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang
berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut
berada dalam kelompok terkutuk itu.
✿
“Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka
memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama,mereka suka sekali menaburkan
fitnah dan mengumpat.”
Satu suara menjelaskan kepada
saya.
Ya Allah, saya mengerti. Ini
kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah
berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada
rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin
ikatan bahkan menaburkan fitnah.
Ya Allah, saya berharap cerita
ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan
orang lain.
Seorang ahli pejuang Islam,
keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan
tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan,
Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu
ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari
kemaluan kamu.
✿Na’uzubillah,
Ajirna minannar.
✿Saya
keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang
sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi
isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?
✿
“Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya.
" Darah haid, apa maksud atuk"
Orang tua itu menunjukkan saya ke
satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air
berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.
“Darah haid itu adalah untuk
orang yang memuja perempuan sehingga LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH,”
p/s : m0ga mendapat iktibar dari
kisah ini..pesanan buat sahabat-sahabat, juga buat diri
sendiri..Nauzubillah..kami berlindung hanya padaMU ya ALLAH..
No comments:
Post a Comment