VIDEO: WANITA GRO KANTOI DALAM SEMAK
Wanita Kantoi Dan Ditemui Separuh Bogel, Layan Lelaki Dalam Semak! Klink Di Sini
GRO Ditemui Separuh Bogel, Layan Pelanggan Dalam Semak!
SUNGAI
PETANI : Seorang wanita berusia awal 30-an bersama pasangannya ditemui
dalam keadaan separuh bogel ketika serbuan dilakukan anggota
penguatkuasa dari Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam kawasan semak
berhampiran Pekan Lama, Sungai Petani baru-baru ini.
Wanita tersebut, dikenali sebagai Rina (bukan nama sebenar) dipercayai
telah lama dan berpengalaman sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO)
selain aktif terjebak dengan perbuatan itu.
Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin
berkata, hasil maklumat orang awam, sepasukan tujuh anggota bersiap
sedia melakukan serbuan kira-kira jam 7 malam melalui lorong tikus
sehinggalah sampai ke lokasi kejadian.
Menurutnya, wanita itu bersama pasangannya leka berseronok sehingga
tidak menyedari kehadiran anggota penguatkuasa yang datang ke lokasi
kejadian sebelum serbuan dilakukan.
“Semasa serbuan kami dapati, di kawasan berkenaan (dalam semak) berlaku kegiatan maksiat dan tidak bermoral antara seorang wanita bersama pasangannya.
“Antara alasan yang diberikan wanita itu ialah dia terpaksa melakukan perbuatan terkutuk tersebut bagi menyara tiga orang anak yang masih kecil,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, selepas disoal siasat, wanita itu mengaku turut melayan
nafsu pelanggan yang terdiri dari pelbagai bangsa serta warga asing yang
ingin mendapatkan perkhidmatannya.
“Turut ditemui semasa serbuan dalam semak berkenaanialah tilam dan
kondom yang dipercayai digunakan oleh GRO untuk melayani
pelanggan,”katanya.
Menurut Zaiferi, lokasi berkenaan juga merupakan lokasi panas yang kerap dijadikan ‘port’ maksiat serta diketahui umum bagi mereka yang menjalankan perkhidmatan tersebut.
Katanya, pihaknya menasihati mana-mana individu yang beragama Islam
supaya tidak melakukan perbuatan terkutuk mahupun melanggar syariat
Islam selain balik ke pangkal jalan sekiranya tersilap langkah.
Individu yang dipercayai bersalah boleh didakwa di bawah Seksyen 9
Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 dan sekiranya didapati bersalah
boleh didenda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali
atau ditahan di rumah kebajikan selama tiga tahun.
BUDAK SEKOLAH MAIN DALAM SEMAK
No comments:
Post a Comment