Translate

Tuesday, November 18, 2014

KEMASKINI BR1M 2015 BERMULA 1 DISEMBER 2014 2014

BR1M 2015 atau BRIM 4.0 (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) sudah boleh dikemaskini bermula 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014 khas untuk warganegara Malaysia yang berkelayakan sahaja.

Untuk BR1M 2015 kali ini ada kelainan dan keistimewaan sikit. Untuk penerima BRIM 4.0 yang isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, bayaran BRIM dinaikkan dari  RM650 kepada RM950.



Manakala bagi penerima yang isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 bayaran
ditingkatkan dari RM450 kepada RM750.

Berbeza dengan kategori individu (bujang) berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar BR1M dinaikkan daripada RM300 kepada RM350.





Yang tak berapa best, pembayaran BR1M 4.0 adalah sebanyak 3 kali dalam tempoh setahun dan jangan salah faham kalau mula-mula anda akan menerima 1/3 dari jumlah yang sepatutnya anda dapat.
Kalau dah 1 Disember 2014 nanti, anda bolehlah melayari laman web yang disediakan dan mengemaskini butiran peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan no akaun bank anda. Harus diingat, akaun bank anda mestilah aktif!

Anda boleh mengemaskini borang permohonan BR1M anda di sini :
Untuk penerima yang sudah mendaftar, anda tidak perlu mendaftar semula, anda hanya perlu kemaskini BR1M 4.0 sahaja seperti yang dinyatakan di atas.
Bagi yang belum pernah menerima BRIM sebelum ini, anda mestilah membuat permohonan baru dan mengisi borang permohonan BRIM 4.0 secara online di pautan laman web di atas.
Tarikh pembayaran BR1M 4.0 ini akan diberitahu mengikut peringkat bermula awal bulan Januari 2015.

SURAT DARIPADA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

http://adf.ly/uJC6w
NOTE: Hanya sebulan sahaja tempoh yang diberikan untuk mendaftar atau mengemaskini permohonan BR1M 2014 ini.



No comments:

Post a Comment

My Blog List