
”Mengapa dia tidak faham rintihan hati aku?” keluh seorang sahabat rapat kepada saya.
”Bukan aku tidak cinta, tetapi tolonglah berhias diri,” tambahnya lagi.
”Mengapa? Teruji sangatkah?”“Kau menjaga pandangan?”“Bukan sahaja pandangan tetapi penciuman. Dunia akhir zaman, kau bukan tidak tahu.””Ya, iman kita sering teruji,” balas saya, seaakan-akan menumpang keluhannya.”Yang aku hairan tu, isteri aku ni bukan tidak cantik… cantik. Tapi
entahlah, sekarang ni semakin hilang moodnya untuk menjaga diri.””Kita akan dah semakin berusia. Apa lagi yang kita cari dalam hidup ini,” pujuk saya untuk meredakannya.”Tetapi itu bukan alasan untuk dia tidak menjaga diri. Kita sebagai
suami sering diuji, setidak-tidaknya berilah sedikit bantuan untuk kita
hadapi ujian itu.”Saya senyum. ’Bantuan’ yang dimaksudkannya membawa pelbagai tafsiran.”Kau yang mesti mulakan dulu, insy-Allah isteri akan mengikut nanti,” cadang saya.”Ya, aku dah mulakan. Mudah-mudahan dia dapat ’signal’ tu…””Amin.”Saya termenung memikirkan ’masalah kecil’ yang kekadang boleh
mencetuskan masalah besar itu. Sepanjang pergaulan saya telah ramai
suami yang saya temui mengeluh tentang sikap isteri yang malas berhias.
”Apa guna, kita dah tua.” ”Alah, awak ni tumpu ibadat lah.” ”Dah tua
buat cara tua.” Itulah antara alasan yang kerap kita dengar daripada
para isteri.Ramai suami yang baik, tidak memilih jalan singkat dan jahat untuk
menyelesaikan masalah seperti menyimpan perempuan simpanan, pelacuran
dan sebagainya. Ada juga yang ingin mencari jalan baik… (eh, seperti
poligami) tetapi tidak berapa berani berdepan dengan isteri. Ada juga
yang terus memendam rasa seperti sahabat rapat saya itu.”Tak berani poligami?”Dia menggeleng kepala.”Tak ada calon ke?” saya mengusik lagi.”Ramai…”Memang saya lihat pada usia awal 40’an dia tambah segak dan bergaya.“Habis kenapa?”Dia diam. Saya renung wajah sahabat saya yang begitu akrab sejak
dahulu. Dia memang lelaki baik, berakhlak dan begitu rapi menjaga
ibadah-ibadah khusus dan sunat.“Aku sayang isteri aku. Sangat sayang. Aku tidak mahu hatinya
terguris atau tercalar. Aku kenal dia… Walaupun mungkin dia tidak
memberontak, tetapi kalau aku berpoligami dia pasti terluka.”” Kau sudah berterus terang dengannya?”“Tentang apa tentang poligami?”“Bukanlah. Tapi tentang sikapnya yang malas berhias dan bersolek tu?”“Aku takut melukakannya.”“Tak palah kalau begitu, biar kau terluka, jangan dia terluka,” saya berkata dengan nada sinis.Dia faham maksud saya.”Aku sedang mencari jalan berterus-terang,” dia mengaku juga akhirnya.”Tak payah susah-susah. Katakan padanya dia cantik, tetapi kalau berhias lebih cantik…””Lagi?””Katakan kepadanya, berhias itu ibadah bagi seorang isteri. Jadi,
bila kita yakin berhias itu ibadah, tak kiralah dia telah tua ke atau
masih muda, cantik atau buruk… dia kena berhias. Dapat pahala, walaupun
tak jadi cantik, atau tak jadi muda semua,” saya senyum. Kemudian
ketawa. Pada masa yang sama saya teringat apa yang dipaparkan oleh media
massa bagaimana ’ayam-ayam’ tua (pelacur-pelacur tua) yang terus cuba
menghias diri untuk menarik pelanggan-pelanggan mereka. Mereka ini
berhias untuk membuat dosa… Lalu apa salahnya isteri-isteri yang sudah
berusia terus berhias bagi menarik hati suami mereka – berhias untuk
mendapat pahala? Salahkah?.”Kita para suamipun banyak juga salahnya,” kata saya.”Kita tak berhias?””Itu satu daripadanya. Tapi ada yang lebih salah daripada itu,” tambah saya lagi.”Salah bagaimana?””Salah kita kerana kita masih mencari isteri yang cantik bukan kecantikan isteri!””Dalam makna kata-kata kau tu…””Tak juga. Sepatutnya, pada usia-usia begini fokus kita lebih kepada
kecantikan isteri… Di mana kecantikan sejati mereka selama ini.””Pada aku tak susah. Pada hati mereka. Pada jasa dan budi yang selama ini dicurahkan untuk kita demi membina sebuah keluarga.””Ya, jangan tengok pada kulit wajah yang luntur tetapi lihat pada
jasa yang ditabur. Bukan pada matanya yang sudah kehilangan sinar,
tetapi lihat pada kesetiaan yang tidak pernah pudar. Itulah kecantikan
seorang isteri walaupun mungkin dia bukan isteri yang cantik.””Kau telah luahkan apa yang sebenarnya aku rasakan. Itulah yang aku
maksudkan tadi… aku tak sanggup berpoligami kerana terlalu kasihkannya.””Kasih ke kasihan?” saya menguji.”Kasihan tak bertahan lama. Tetapi aku bertahan bertahun-tahun. Aku kasih, bukan kasihan.””Relaks, aku bergurau. Tetapi ada benarnya kalau isteri katakan bahawa kita telah tua.””Maksud kau?””Bila kita sedar kita telah tua… kita akan lebih serius dan lajukan
pecutan hati menuju Allah! Bukan masanya untuk berlalai-lalai lagi.”” Ya, aku teringat kisah Imam Safie. Ketika usianya mencecah 40
tahun, dia terus memakai tongkat. Ketika muridnya bertanya kenapa? Kau
tahu apa jawabnya?”Saya diam.”Beliau berkata, aku ingatkan diriku dengan tongkat ini bahawa usiaku
sudah di penghujung, bukan masanya lagi untuk berlengah, tetapi untuk
menambah pecutan dalam ibadah menuju Allah.”Saya diam. Terus termenung. Imam Safie, tak silap saya wafat pada
usia awal 50’an. Tepat sungguh firasatnya. Insya-Allah, jalannya menuju
Allah sentiasa diredhai.“Kalau kita seserius Imam Safie, insya-Allah, kita boleh hadapi
masalah isteri tidak berhias ini. Kita akan cari kecantikannya yang
abadi untuk sama-sama memecut jalan menuju Ilahi…” tegas sahabat saya
itu.”Kita tidak akan lagi diganggu-gugat oleh godaan kecantikan dari luar
yang menguji iman. Kita juga tidak akan dikecewakan oleh pudarnya satu
kecantikan dari dalam yang mengganggu kesetiaan.””Ya, kalau kita baik, isteripun akan baik. Bila hati baik, kita akan cantik selama-lamanya!”Ironinya, ramai suami yang telah berusia masih belum sedar hakikat
ini. Di tahap begini tidak salah mengharap isteri yang masih cantik,
tetapi yang lebih utama carilah di mana kecantikan isteri kita, yang
selama ini telah puluhan tahun hidup senang dan susah bersama kita.
Perjalanan kita semakin dekat ke alam akhirat. Sepatutnya, kita semakin
menjadi pencari kecantikan yang sejati. Seperti imam Safie … pada
usianya mencapai 40 tahun sudah memakai tongkat. Ketika ditanya mengapa?
Dia menyatakan bahawa telah nekad untuk melajukan lagi langkahnyamenuju
akhirat. Malangnya, pada usia-usia begini ramai suami yang mula juga
mencari tongkat… sayangnya, bukan ’tongkat muhasabah diri’ tetapi
tongkat Ali!
”Apa tidaknya… di pejabat aku berdepan dengan berbagai-bagai wanita. Semuanya berhias dan berwangi-wangian.”
No comments:
Post a Comment