
Jika anak demam…pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya
panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada
topik kenapa air panas dalam cawan teh
akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak
keluar mencari kawasan sejuk…. samalah dengan suhu badan yang panas
tadi.
• Bila selsema …tetap
mandikan 3 kali sehari…supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah
keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak
sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku…. anak mudah berkahak
sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema,
alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari.
• Batuk….tetap mandikan 3
kali supaya panasnya keluar….dan bila tidur malam, sapukan minyak telon
atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi,
insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas,
campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di
urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah
longgar tepuk belakang anak everytime die batuk takpe die muntah lebih
baik jadi semua lendir2 tu keluar)
• Waktu mandi yang sesuai
untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika
terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan
sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan
diserang selsema.
• Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas
pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada
serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah
anak juga secara tidak langsung.
Kalau orang dulu, demam, batuk
dan selsema tak bagi mandi….jadi panas tu akan terperap dalam badan dan
lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman
dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut
pesan, jika anak demam …pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu
sejuk dan rumah tidak berkuap ….
Bagi ibu yang menyusukan anak
dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak
semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga
dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka
buat ibu baru….jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.
Kongsilah maklumat ni kepada semua orang terutama skali ibu-ibu yang ada anak kecil...sedikit sebanyak mungkin dapat membantu ibu yg lain…
No comments:
Post a Comment