GEDIK adalah istilah
terkini yang merujuk kepada aksi anak gadis yang menunjukkan gelagat yang agak
'menggatal' pada bahasa pasarnya. Ia menggambarkan
naluri keinginan seorang anak gadis yang agak berlebih-lebihan untuk menarik
perhatian lelaki.
Ekoran dari paparan isu tentang
gejala zina atau seks bebas dan buang bayi kelmarin, maka ramai ibubapa yang
tampil merujuk, khususnya tentang kebimbangan ibubapa terhadap anak gadis
mereka yang kelihatan gedik.
Sebenarnya ramai juga sebelum ini
kalangan ibubapa yang meminta kami kongsikan beberapa tips untuk mencegah atau
mematikan budaya ini di kalangan anak gadis mereka. Kini kami rasa sudah sampai
masanya untuk kami kongsikan. Namun kami tidak mengharapkan perkongsian ini
boleh diterima bulat-bulat oleh kebanyakan ibubapa kerana ada yang melibatkan
konflik dengan minat dan nafsu ibubapa itu sendiri.
PERANAN BAPA
Untuk mengelakkan kerakusan
naluri seorang gadis terhadap lelaki, ia memerlukan satu konsep 'imuniti' dari
lelaki juga. Peranan ini harus dimainkan oleh bapa kandungnya sendiri sejak
anak itu kecil lagi. Antaranya ialah dengan membanyakkan 'body contact' seperti
dakapan dan kucupan bapa terhadap anak itu sejak kecil.
Bau hormon lelaki yang bersifat
melindungi dari dakapan dan ciuman kasih seorang bapa yang diamalkan sejak
kecil itu boleh mematikan atau 'mendidik nafsu' anak terhadap lelaki. Ia mampu
memberikan satu pendidikan kepada anak gadis untuk membezakan tahap keikhlasan
dan kekejaman seorang lelaki.
Pada masa yang sama amalan yang
diamalkan sejak kecil ini juga berkesan untuk mengelakkan fenomena haruan makan
anak. Sang bapa juga akan semakin kasih dan bersikap melindungi anak gadisnya
apabila ia diamalkan sejak kecil secara istiqomah. Ibarat manusia yang
memelihara haiwan kesayangan yang boleh dimakan seperti arnab, kuda, ayam,
burung dan sebagainya. Biasanya kita tidak akan lalu memakan daging haiwan
kesayangan itu apabila disembelih dan dimasak.
Anak gadis yang sudah rapat
dengan bapa juga akan lebih matang dan bijak menilai kualiti seorang lelaki dan
tidak jadi rakus untuk menerima sebarang lelaki sewenang-wenangnya. Si bapa
pula akan jadi pakar rujuk untuk membantu anak gadisnya menilai lelaki yang
baik untuknya. InsyaAllah anak ini akan terlindung melalui bantuan furqon dan
perlindungan dari ayahnya atau melalui suami yang baik yang berjaya di
pilihnya.
LATIH ANAK GADIS DENGAN SIFAT MALU SEJAK KECIL
Salah satu daripada usaha ke arah
ini ialah dengan mengenakan pakaian yang sopan termasuk bertudung mengikut
kehendak Allah sejak mereka kecil lagi. Amalan ini akan menjadikan anak kita
mengamalkan sesuatu yang betul sejak kecil. Oleh itu jika kita tidak pasti
bilakah saat nafsu anak kita terhadap lelaki akan terbit, maka mulakan sahaja
sejak kecil.
Masalah besar yang menyukarkan
anak gadis kita untuk mengubah penampilan dengan bertudung dan berpakaian yang
syariah compliance hari ini ialah kerana mereka tidak dibiasakan sejak kecil.
Mereka akan merasa teragak-agak dan keberatan untuk mengubah penampilan baru
mengikut kehendak Allah kerana sudah terbiasa dengan amalan mendedahkan aurat
dan gedik.
Seterusnya didik anak gadis kita
agar tidak terlalu bebas bercampur dengan lelaki sejak kecil lagi, iaitu di
peringkat pra-sekolah lagi. Bukan tidak boleh bercampur langsung, tetapi ajar
mereka adab sopan sejak kecil agar mereka tahu membataskan diri mereka mana
yang wajar dan sebaliknya. Jangan izinkan anak kita duduk terkangkang,
terlompat-lompat, ketawa mengilai-ngilai, terjerit-jerit, dan lain-lain aksi
kasar di hadapan bukan muhrim mereka.
Hari ini ibubapa tidak langsung
memerhatikan semua perkara kecil sebegini. Malah ramai ibubapa yang dengan
bangga membelikan pakaian yang ketat atau singkat untuk anak mereka. Maaf cakap
kadangkala sengaja diajar anak gadis mereka menyanyi dan menari dengan lenggok
yang sangat mengiurkan.
Kajian kami menunjukkan kita
tidak perlu membiarkan anak kita dilihat beraksi begitu di depan lelaki buaya
di luar sana. Cukup dengan bapa tiri, abang kandung, sepupu, bapa saudara,
rakan sebaya yang berada di kejiranan yang biasa juga boleh terangsang untuk
terbit keinginan memperkosa mereka. Jika anak gadis kita boleh dibiarkan
berpakaian dan beraksi begitu, itu tanda kita dan anak kita berada pada tahap
jahil. Pastinya golongan lelaki yang melihat mereka juga sejahil itu kerana
kita berada pada zaman yang sama.
KESIMPULAN
Banyak sekali kes perkosaan di
usia muda. Sedihnya ramai ibu bapa yang tidak tahu kerana ia tidak banyak
tandanya. Anak itu tidak hamil kerana belum sempurna fungsi peranakannya tetapi
sudah di barai sejak kecil.
Sebahagian dari musibah ini
disebabkan kegilaan lelaki syaitan bertopengkan manusia dan tiada kaitan
langsung dengan kehendak anak itu. Tetapi tidak salah jika kita mengambil
langkah berjaga-jaga, mengikut petunjuk dan kehendak Allah sejak mula. Jangan
sampai terjadi anak gadis kita di perkosa depan belakang, lalu dibunuh dengan
kejam selepas ‘kerja’ syaitan ini selesai sepertimana yang dilapurkan berlaku
di media.
Gejala gedik ini bermula
terbitnya sejak kecil lagi dalam diri anak gadis kita. Oleh itu pencegahannya
juga harus bermula sejak kecil, sejak mereka mula boleh bercakap dan faham apa
yang kita katakan. Jangan pandang remeh dengan mengatakan anak itu belum ada
nafsu kerana yang kita takuti ialah lelaki buaya yang memandang mereka itu
sangat bernafsu sekali.
Jangan lupa fenomena haruan makan
anak. Sekalipun anda adalah ayah kandung anak gadis anda, anda harus mulakan
amalan ini (jika mahu mencuba) sejak kecil agar anda benar-benar menjadi 'tidak
ada selera' untuk merosak anak sendiri. Bagi ayah tiri kami tidak melarang
namun ia harus dimulakan lebih awal lagi, bukan ketika anda dapat anak tiri
yang sudah remaja lalu anda peluk ciumnya.
Pendidikan itu wajib bagi setiap
individu, dari buaian sampai ke liang lahad. Jadi biar siapapun kita, biar
berapa umur kita, berapa tinggi pangkat kita, berapa banyak sijil kita,
janganlah berhenti belajar dan menimba ilmu. Dan kami di RPWP juga masih
belajar dan akan terus belajar.
Jadikan apa yang kami kongsikan
ini satu tips, bukan satu ketetapan. Jika anda ada teknik yang lebih baik dan
rasional, sila kongsikan di ruang komen. Lebih baik jika melalui inbox agar
tidak menimbulkan fitnah. Semuga bermanfaat.
SUMBER
DARI :
Kudap
ParentingWARGA PRIHATIN
No comments:
Post a Comment