VIDEO terbaharu yang diambil oleh amatur menunjukkan detik awal pesawat
Malaysia Airlines MH17 yang sedang terbakar, terhempas menghampiri
perkampungan Hrabove, Ukraine, dengan penduduk pada awalnya menyangkakan
ia pesawat tentera negara itu.
HRABOVE (Ukraine): Selepas empat bulan pesawat MH17 ditembak jatuh di
timur Ukraine, video terbaharu menunjukkan saat awal pesawat yang
sedang terbakar, terhempas menghampiri perkampungan dengan penduduk pada
awalnya menyangkakan ia pesawat tentera negara itu.
Video amatur yang diperoleh agensi berita Associated Press (AP) yang
diambil sendiri oleh penduduk di Hrabove, menunjukkan bagaimana penduduk
bergegas ke bangkai pesawat yang sedang terbakar hanya beberapa meter
jasa jaraknya dari rumah mereka pada tengah hari 17 Julai itu. Video berkenaan kemungkinan rakaman pertama diambil sebaik saja pesawat Malaysian Airlines (MAS) itu terhempas.
Ketika punca tragedi MH17 masih menjadi bahan perbalahan
antarabangsa, Ukraine dan kerajaan di barat mendakwa ia ditembak jatuh
oleh puak pemisah yang pro-Russia manakala stesen televisyen Russia di
Moscow sejak minggu lalu menayangkan apa yang mereka dakwa bukti baharu
pesawat MH17 sebenarnya
ditembak jet pejuang tentera udara Ukraine. Klik di sini
ditembak jet pejuang tentera udara Ukraine. Klik di sini
Semua 298 orang di dalam pesawat Boeing 777 yang terbang dari
Amsterdam ke Kuala Lumpur itu terkorban apabila ia ditembak jatuh di
kawasan yang dikuasai pemisah Ukraine. Jenazah dan bangkai pesawat bertaburan di kawasan seluas sehingga 20 kilometer persegi (8 batu persegi). Semalam, pekerja mula mengutip dan mengumpulkan bangkai pesawat di
tapak nahas dengan penyeliaan penyiasat Belanda dan pegawai dari
Pertubuhan Keselamatan dan Koordinasi di Eropah. Semua sisa pesawat diletakkan di dalam gerabak kereta api sebelum
dihantar di kawasan dikuasai kerajaan Ukraine di Bandar Kharkiv.
PEKERJA mula mengutip dan mengumpulkan bangkai pesawat di tapak nahas
dengan penyeliaan penyiasat Belanda dan pegawai dari Pertubuhan
Keselamatan dan Koordinasi di Eropah.
Dalam video yang diperoleh AP semalam, penduduk perkampungan Hrabove didengar bertanyakan nasib juruterbang berkenaan. Ini kerana beberapa pesawat tentera Ukraine yang ditembak jatuh
sebelum ini, juruterbang dan anak kapal yang terselamat biasanya akan
dijadikan tawanan pemisah. Reaksi spontan penduduk kampung dalam video terbaharu itu
menunjukkan penilaian mereka bahawa pesawat yang jatuh itu adalah satu
lagi pesawat Ukraine yang ditembak. Seseorang didengari berkata: "Dan di mana pula juruterbangnya?" Seorang lagi menjawab: "Tiada siapa yang mengetahuinya?" Satu lagi perbualan kedengaran mereka saling bertanya sama ada
lebih dari satu pesawat telah terhempas kerana terdapat terlalu banyak
serpihan dan sisa. Klik di sini
Beberapa orang di sekeliling mereka dengan pantas menjawab bahawa hanya satu pesawat terhempas. - AP
VIDEO terbaharu yang diambil oleh amatur menunjukkan detik awal pesawat
Malaysia Airlines MH17 yang sedang terbakar, terhempas menghampiri
perkampungan Hrabove, Ukraine, dengan penduduk pada awalnya menyangkakan
ia pesawat tentera negara itu...WATCH VIDEO....NOW!!
No comments:
Post a Comment