Manusia dengan harta tidak dapat
dipisahkan. Apatah lagi berdasarkan suasana pada akhir zaman ini. Daripada
pembesar negara, orang kaya, orang marhaen mahupun golongan gelandangan,
semuanya inginkan harta yang banyak.
Siang
malam membanting tulang bermandi peluh semata–mata untuk mengumpulkan harta.
Halal dan haram itu tidak dikisahkan. Hanya yang beriman dan bertakwa tidak
terkena dugaan ini.

Apabila mati, harta yang banyak juga tidak boleh bawa bersama.
Kita
juga tahu bahawa harta yang dikumpul ini tidak akan dapat dibawa ke dalam
kubur. Namun begitu, tidak ramai yang sedar akan hal ini. Tahu dan sedar adalah
dua perkara yang berbeza.
Jadi
untuk menambah kesedaran kepada kita mengenai hal ini, ingin saya kongsikan
sebuah kisah yang bertajuk ‘Kisah Jutawan Dan Sepasang Stoking
Buruk’ Semoga
mendapat manfaat dari kisah ini.
Kisah
Jutawan Yang Menemui Ajalnya
Di
dalam sebuah negeri yang makmur, terdapat seorang jutawan yang terkenal dengan
banyaknya harta kekayaan. Rumahnya yang besar seperti istana, deretan kereta
mewah di parkir garaj, rumah sewa tidak terkira, tanah dan lading yang berekar
– ekar luasnya.
Perniagaannya
sangat maju sehinggakan jika beliau berhenti berniaga pada hari ini pun,
hartanya tidak akan habis untuk tiga generasi yang akan datang.
Pada
suatu hari, jutawan telah dikesan oleh doktor bahawa beliau telah menghidap
kanser pada tahap akhir dan dijangka tidak dapat hidup lebih lama lagi di
dunia. Walaupun agak terkejut dengan berita ini jutawan ini pasrah dengan
takdirnya itu dan membuat persediaan menghadapi kematian dengan tidak
bertangguh lagi.
Maka
pada suatu hari, jutawan ini telah mengumpulkan anak – anaknya bagi
menyampaikan berita itu. Anak-anaknya terkejut dan berasa sedih dengan berita
ini akan tetapi mereka reda dengan ketentuan Allah s.w.t.
Wasiat
Terakhir Yang Ganjil
Pada
hari-hari terakhir di dunia ini, jutawan telah membuat wasiat kepada anak
sulungnya dengan satu wasiat ganjil iaitu apabila pada hari pengkebumiannya
nanti, tanamkanlah dia bersama sepasang stoking buruk yang sering dipakainya
untuk berjalan–jalan pada waktu petang.
Walapun
wasiat itu kedengaran pelik, namun sebagai anak yang taat, anaknya itu berjanji
akan menunaikan wasiat tersebut.
Ajal
dan maut di tangan Allah swt, akhirnya jutawan itu meninggal dunia juga. Maka
pada hari pengkebumiannya, anak sulungnya telah memakaikan ayahnya itu dengan
sepasang stoking buruk sebagaimana yang telah diwasiatkan sebelum ini.

Ayahnya mewasiatkan diabadikan bersama sepasang stoking.
Imam
yang menguruskan jenazah jutawan itu merasa terkejut dengan permintaan itu dan
tidak membenarkan wasiat itu diteruskan.
Namun,
anaknya berkeras juga untuk menunaikan wasiat ayahnya itu hingga terjadinya
perbalahan kecil di tanah perkuburan. Jadi bagi menyelesaikan masalah itu,
peguam jutawan tersebut telah dipanggil untuk memastikan adakah jutawan
tersebut telah meninggalkan wasiat seperti itu.
Menurut
peguam, jutawan itu telah meninggalkan suatu wasiat dalam bentuk sepucuk surat
sebelum meninggal. Lantas itu surat itu dibuka dan dibaca oleh anaknya. Setelah
selesai membaca surat itu, air matanya mengalir tidak tertahan lagi.
Apakah
isi kandungan surat tersebut sehingga terjadi demikian?
Analogi
Sepasang Stoking
“ Wahai anakku, andainya
engkau membaca surat wasiat ini, ketahuilah bahawa aku telah pun pergi
meninggalkan dunia yang fana ni. Maka janganlah engkau bersedih di atas
kematian ku ini.
Anakku, aku berkira pasti
pada saat ni engkau sedang berbalah mengenai pengurusan jenazah tentang stoking
burukku? Ayah sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku anakku.
Ketahuilah anakku bahwa
sepanjang hidupku, ayahmu ini sentiasa berusaha keras untuk mengumpulkan harta
sehingga menjadi banyak seperti sekarang. Namun setelah ayah menghadiri satu
kuliah tahulah ayah bahawa harta yang dimiliki ini tidak akan dapat dibawa ke
dalam liang lahad walau satu sen pun.
Jadi lihatlah sendiri
anakku kejadian pada hari ini. Jangankan wang satu sen, stoking buruk pun ayah
tidak mampu membawanya bersama ke dalam kubur. Jadikanlah perisitiwa ini
sebagai satu pengajaran untukmu anakku. Kumpullah harta biar berpada.
Yang penting kumpullah
amalan baik supaya kita dapat membawanya ke alam yang kekal abadi nanti.
Akhir kata, engkau
doakanlah kesejahteraaan ayah di alam barzakh ini supaya ayah mendapat rahmat
daripada Allah s.w.t dan terlepas dari azab kubur ini.
Ayahmu. “
Pengajaran
Pengajaran
yang boleh kita dapati daripada kisah ini ialah walau sebanyak mana harta yang
dikumpul pun ianya masih tidak dapat dibawa sebagai bekalan di akhirat sana.
Hatta sepasang stoking buruk.
Kumpullah
harta di jalan yang halal dan diberkati. Iringilah usaha itu dengan amal
kebajikan dan ketaatan kita kepada perintah Allah s.w.t. Semoga kita beroleh
kemenangan yang abadi di akhirat nanti.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment