Translate

Thursday, November 6, 2014

KETUPAT SOTONG

Bahan-Bahan:
1 kg sotong segar 
½ kg santan pekat
¼ kg beras pulut
Gula Merah (secukup rasa)
Garam(secukup rasa)
Sedikit lidi(yang dibasuh)

Cara:

kukus pulut dan gaulkan bersama dengan garam,santan dan tinggalkan separuh santan untuk merebus sotong.
Selepas itu sotong dibersih,asingkan kepala sotong dan tuskan.Masukkan pulut yang telah digaul bersama santan tadi dalam sotong selepas itu mampatkan pulut didalam sotong dan masukkan kepala sotong selepas iu cucukkan dengan lidi.
Seesudah selesai masukkan dalam periuk dan masukkan santan yang ditinggalkan tadi serta gula merah.Rebus selama 15 minit dengan api yang perlahan.

KETAM MASAK LEMAK

Bahan-Bahan:
1 kg ketam
50 gm cili boh
30 gm halia
30 gm kunyit hidup
70 gm bawang merah
20 gm bawang putih 1 helai daun kunyit
3 batang serai
1 keping asan gelugur
1 biji kelapa
Sedikit serbuk perasa


Cara:
Tumis bawang, bawang putih, serai dan cili boh. Masukkan ketam, santan, daun kunyit, kunyit hidup, asam keping dan biarkan mendidih. Kacau sehingga masak. Sebelum diangkat, rasa dan tambah serbuk perasa jika perlu.

KETAM GORENG KARI

Ketam Goreng Kari

Bahan-Bahan: 3 ekor ketam (dipotong 4, bersihkan & rebus)
2 biji telur
1 sudu teh kicap cair
1 sudu teh gula
2 tangkai daun bawang ½ biji bawang besar
1 biji cili merah
½ sudu teh serbuk kari
Garam secukup rasa Cara: Kisar halus daun bawang, bawang besar & cili merah. Gaul bahan kisar, serbuk kari & garam bersama ketam. Setelah itu goreng ketam hingga garing.

My Blog List