Translate

Thursday, November 6, 2014

LALA TUMIS

Bahan-Bahan:
1 kilo lala - bersihkan 
5 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris 1 sudu besar cili boh
3 sudu besar sos tomato
garam + air secukupnya


Cara:
Pijarkan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan cili boh dan gaul hingga cili masak.
Masukkan sos tomato dan lala.
Masukkan garam (dan air jika perlu).
Gaul sebati dan angkat
Sedia untuk dihidang.

LALA TUMIS KERING

Bahan-Bahan:
600 gm lala
5 sudu makan cili kering
4 sudu tomato sos
1½ sudu makan bawang merah yang ditumbuk 1 sudu makan bawang putih serta halia yang sudah ditumbuk
Garam serta serbuk perasa secukupnya


Cara:
Lala dibersihkan. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan semua bahan yang telah ditumbuk serta cili giling. Masukkan tomato sos. Kacau hingga rata. Setelah itu masukkan lala, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Kacau bahan ini hingga sebati dan rata. Apabila lala telah terbuka dan kulitnya kemerah-merahan, bolehlah diangkat. Taburkan dengan daun sup apabila hendak dihidangkan.

LALA SOS TIRAM

Bahan-Bahan:
1 kilo Lala 
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
10 biji cili padi (ditumbuk)
22 biji telur batang serai (dititik)
Sedikit halia (dihiris)
sedikit minyak masak untuk menumis
sos tiram secukup rasa


Cara:
Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih yang telah ditumbuk sehingga kuning dan naik baunya. Kemudian masukkan cili padi yang telah ditumbuk and hirisan halia. Selepas itu masukkan lala, telur dan sos tiram dan gaul sehingga mendidih.

Tambahan:
tidak perlu ditambah garam atau serbuk perasa

My Blog List