Translate

Friday, November 7, 2014

KARI SOTONG RENDAM

Bahan-Bahan:
1 ekor Sotong Rendam 
1 peket kecil Serbuk Kari Ikan
4 ulas Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
1 inci Halia
½ inci Lengkuas
2 batang serai
Sedikit kacang tanah tumbuk
Sedikit minyak masak
Sedikit air


Cara:
Potong sotong rendam berbentuk segiempat tepat. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas. Titikkan serai dan tumis bersama bahan-bahan yg dikisar.
Setelah bahan tumisan wangi, masukkan serbuk kari ikan yg telah dilarutkan sedikit dengan air. Masak sehingga minyak pecah dan seleaps itu masukkan sotong yg telah dipotong.
Gaulkan sehingga masak dan masukkan kacang tanah tumbuk. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.


Cadangan Hidangan:
Hidangan untuk 4-6 orang

KARI UDANG

Bahan-Bahan:
500 g udang basah (buang kulitnya)
30 g mentega
2 sudu besar daging kisar
1 ulas bawang putih 1 sudu besar serbuk kari
¼ cawan sos tomato
½ cawan air
Sedikit garam


Cara:
Panaskan mentega tumis bawang dan kemudian masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air. Kacau kira-kira 5 minit. Masukkan daging, udang, tomato sos dan sedikit air. Masukkan garam dan kacau hingga mendidih.

KERANG LEMAK KUNING

Bahan-Bahan:
2 ulas bawang merah (dihiris) 
2 ulas bawang putih (dihiris)
sedikit halia (dihiris)
1 kilo kerang (direbus dan dikopek)
santan pekat dan santan cair (dari 1 biji kelapa)
3 biji ubi kentang
2 batang serai (diketuk)
garam
ajinomoto
sedikit minyak untuk menumis


Cara:

1. tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
2. masukkan serai. Tumis sehingga bawang kekuningan.
3. masukkan santan beserta garam dan ajinomoto.
4. masukkan ubi kentang.
5. setelah ubi kentang empuk masukkan kerang.
6. kacau kuah di permukaan sahaja supaya kuah tidak berketul.

My Blog List