Translate

Saturday, November 15, 2014

LAFAZ NIAT

Lafaz Niat Sembahyang Qasar serta Jamak

1. Lafaz niat sembahyang qasar/ jamak Zohor dengan Asar Taqdim :
" Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala". Selepas itu terus sembahyang Asar :
" Sahaja aku sembahyang fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala ".

2. Lafaz niat sembahyang qasar/ jamak Zohor dengan Asar Taakhir :
" Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor dua rakaat qasar dihimpunkan kepada Asar kerana Allah Taala " Selepas itu terus sembahyang Asar :
" Sahaja aku sembahyang fardhu Asar dua rakaat qasar tunai kerana Allah Taala ".

3. Lafaz niat sembahyang qasar/ jamak Maghrib dengan Isyak Taqdim:
" Sahaja aku sembahyang fardhu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepadanya Isyak tunai kerana Allah Taala ". Selepas itu terus sembahyang Isyak :
" Sahaja aku sembahyang fardhu Isyak dua rakaat qasar kerana Allah Taala ".

4. Lafaz niat sembahyang qasar/ jamak Maghrib dengan Isyak Taakhir :
" Sahaja aku sembahyang fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada Isyak kerana Allah Taala ". Selepas itu terus sembahyang Isyak :
" Sahaja aku sembahyang fardhu Isyak dua rakaat qasar tunai kerana Allah Taala ".

CARA MENGERJAKAN SEMBAHYANG DI DALAM KAPAL TERBANG

Di dalam penerbangan penumpang tidak dibenarkan mengambil air sembahyang kerana akan menyebabkan air yang banyak tertumpah ke lantai yang akan membahayakan penerbangan. Di masa-masa tertentu, penumpang juga hendaklah mematuhi arahan supaya duduk dan memasang tali pinggang keledar di kerusi masing-masing bagi menjaga keselamatan semasa penerbangan. Berdasarkan sebab-sebab di atas para ulama berpendapat cara-cara sembahyang di dalam kapal terbang bolehlah dibuat seperti berikut:

1. Sembahyang dilakukan bagi menghormati waktu iaitu dengan isyarat sahaja di mana kita seolah-olah berada dalam keadaan tidak dapat bergerak seperti mana orang yang terikat pada pokok. ( Tidak perlu ada air sembahyang, tidak perlu menghadap Kiblat dan tidak perlu mengikut syarat-syarat sah lain yang diperlukan ).

2. Apabila turun di Lapangan Terbang dan waktu masih ada, wajiblah sembahyang berkenaan diulang semula dan jika sudah habis waktu, wajiblah sembahyang berkenaan diqadatkan.

LAIN-LAIN PERKARA MENGENAI SEMBAHYANG JAMAK DAN QASAR

1. Sembahyang jamak dan qasar di satu-satu tempat ( dalam musafir ) boleh dikerjakan selama tiga hari tidak termasuk hari sampai dan hari keluar daripada tempat itu.

2. Jika berniat hendak berhenti di satu-satu tempat ( dalam musafir ) selama empat hari atau lebih, maka putuslah musafir sebaik sahaja sampai ke tempat tersebut dan tidak boleh lagi sembahyang jamak dan qasar. Begitu juga kalau berhenti itu kerana hajat yang tidak boleh lagi selesai dalam masa empat hari itu maka putus juga musafirnya. Tetapi kalau berhenti itu kerana hajat yang boleh selesai dalam masa tiga hari ( atau hendak berhenti kurang dari tiga hari ) maka boleh qasar dan jamak selama tiga hari itu, selain daripada hari masuk dan hari keluar.

3. Seseorang berniat hendak berhenti terus dari satu tempat, maka berakhirlah musafir apabila sampai ke tempat tersebut. Ia tidak boleh lagi sembahyang jamak dan qasar kerana ia telah bermukim di situ.

4. Jika ia berhenti di satu tempat ( dalam musafir ) kerana ada urusan yang dijangka selesai dalam masa dua atau tiga hari tetapi urusan itu tidak juga selesai dari sehari ke sehari maka ia boleh terus sembahyang jamak dan qasar sehingga 18 hari.

5. Seseorang bermusafir dalam keadaan tidak tahu tempoh berhenti atau tiada tempat tertentu yang dituju tidak boleh sembahyang jamak dan qasar.

6. Seseorang sedang sembahynag qasar dalam kenderaan misalnya, tiba- tiba sampai ke tempat yang dituju yang tidak dibolehkan jamak dan qasar atau sampai ke tempat asal ( tempat menetap ) maka wajib disudahkan sembahyang fardhu itu secara tamam ( penuh empat rakaat ).

7. Jika bermusafir tetapi tidak tahu hukum dan syarat-syarat mengenai sembahyang jamak dan qasar, maka ia wajib sembahyang tamam ( sempurna ) sepanjang musafir.

8. Jika seseorang keluar dari rumah sebelum fajar hari Jumaat, ia diharuskan mengerjaakan sembahyang Jumaat. Tetapi jika ia keluar selepas fajar pada hari Jumaat, ia wajib sembahyang Jumaat di mana tempat ia mendengar azan semasa ia bermusafir.

My Blog List