Translate

Saturday, November 15, 2014

SEMBAHYANG QASAR

Sembahyang Qasar ialah memendekkan sembahyang empat rakaat menjadi dua rakaat.
Syarat-syarat sembahyang Qasar

1. Perjalanan atau musafir yang diharuskan oleh syarak atau bukan kerana membuat maksiat.

2. Perjalanan atau musafir yang lebih dua marhala ( 56 batu/ 91 kilometer)

3. Niat sembahyang Qasar semasa Takbiratul Ihram

4. Solat yang terdiri dripada 4 rakaat ( Zohor, Asar, dan Isyak )

5. Berkekalan musafir ( masih daalam musafir ) sehingga selesai atau sempurna sembahyang.

6. Tidak boleh mengikut orang atau jemaah yang sembahyang secara tamam ( sembahyang yang sempurna empat rakaat )

NOTA : Kalau diikut Imam sembahyang tamam, wajib ditamamkan sembahyang kita. Orang yang sembahyang tamam boleh berimamkan mengikut orang yang sembahyang Qasar.

JAMAK TAAKHIR

Jamak Taakhir ertinya mengumpul sembahyang yang pertama di dalam waktu yang kedua. Seperti Sembahyang Zohor dilaksanakan di dalam waktu Asar dan sembahyang Maghrib di dalam waktu Isyak Syarat-syarat sembahyang jamak Taakhir:

1. Hendaklah berniat Jamak Taakhir dalam waktu yang pertama ( Zohor atau Maghrib ) seperti hendak Taakhirkan sembahyang fardhu Zohor ke waktu Asar atau Taakhirkan sembahyang Maghrib ke waktu Isyak iaitu ketika bermulanya masuk waktu Zohor atau Maghrib hinggalah berakhirnya waktu berkenaan.

2. Masih dalam musafir hingga selesai kedua-dua sembahyang.

NOTA :

1. Jarak antara sembahyang dalam jamak Taakhir tidak semestinya berturut-turut, iaitu boleh diselangi dengan masa yang panjang.

2. Tidak boleh jamak ( Taqdim atau Taakhir ) sembahyang fardhu Asar dengan Maghrib atau sebaliknya. Fardhu Isyak dengan Fardhu Subuh atau sebaliknya. Juga tidak boleh jamak sembahyang fardhu Subuh dengan fardhu Zohor atau sebaliknya.Yang dijamakkan ialah zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak sahaja.

JAMAK TAQDIM

Jamak Taqdim ertinya mengumpul atau menghimpunkan sembahyang yang kedua di dalam waktu pertama seperti sembahyang Fardhu Asar dalam waktu Zohor dan sembahyang Isyak dalam waktu Maghrib. Syarat-syarat sembahyang jamak Taqdim:

1. Didahulukan sembahyang yang pertama iaitu Zohor, kemudian baru ditunaikan yang kedua iaitu Asar. Begitu juga Maghrib didahulukan, kemudian baru Isyak.Walaubagaimanapun jika diterbalikkan,sah sembahyang jamak tersebut.

2. Berniat untuk sembahyang jamak dalam sembahyang yang pertama ( bermula dari takbiratul ihram atau di tengah-tengah sembahyang selagi belum memberi salam ). Yang afdhalnya dalam Takbiratul Ihram.

3. Mualat iaitu berturut-turut antara dua sembahyang yang dikumpulkan. Jangan diselangi dengan masa yang panjang. Selangmasa yang dibenarkan ialah tidak melebihi kadar masa dua rakaat sembahyang sunat yang ringkas.

4. Masa berkekalan dalam masa musafir hingga Takbiratul Ihram sembahyang yang kedua ( tiada disyaratkan sampai tamat sembahyang yang kedua itu ).

5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama ( Zohor atau Maghrib ) berkekalan hingga didirikan solat yang kedua ( Asar atau Isyak ).

My Blog List