Bahan-Bahan:
1 ekor ayam yang sederhana besarnya
3 cawan santan pekat 1.2 sm kunyit hidup 35 gm bawang putih dan bawang merah 1 sudu jintan putih 1 biji buah pala ditumbuk halus 4 helai daun salam |
2 biji ubi kentang direbus hingga masak 2 biji bawang besar
dibelah empat
35 gm daun saderi 5 sm halia 5 biji buah keras Cili hijau dibelah dua Sedikit air asam jawa Garam secukup rasa |
Cara:
Ayam dibersihkan tetapi jangan dipotong, selepas dibasuh ditoskan
airnya. Gilingkan kunyit hidup, bawang putih, bawang merah, jintan putih, halia
dan buah keras hingga lumat. Masakkan semua bahan yang telah digiling bersama
santan, buah pala yang sudah ditumbuk, air asam jawa dan daun salam. Bila telah
hampir pekat masukkan bawang besar dan cili hijau. Bila sudah pekat angkatkan
dan ketepikan. Panggang ayam sehingga masak sambil itu curahkan kuah pada ayam
sambil terus dibalik-balik sehingga rata dan masak. Hiaskan dengan daun saderi
serta ubi kentang sewaktu menghidangkannya.
No comments:
Post a Comment