Dalam siaran berita terkini di salah satu TV swasta, ada memuatkan berita
rompakan di sebuah kedai elektrik di ibu kota. Kerugian dianggarkan berjumlah
RM100 ribu...Seorang pemberita Mazidul Akmal dilihat sedang menemuramah pemilik
kedai tersebut yang bernama Pak Abu...
Wartawan : Berapakah kerugian yang pakcik alami kerana
rompakan ini?
Pak Abu : Rasa-rasanya dalam 100 ribu lebih...tapi kira
masih ada untung lagi la.
Wartawan : Macamana pulak pakcik boleh kata masih ada
untung….??
Pak Abu : Saya masih untung kerana rompakan itu
berlaku hari ni bukan semalam…kalau semalam memang teruk la saya…
Wartawan : Habis tu apa beza semalam dengan hari ni..??
Pak Abu : Untung lagi la sebab hari ni kita ada bagi
diskaun 50% untuk semua harga...kalau semalam harga masih belum diskaun lagi...
No comments:
Post a Comment