Pak Pandir seorang anak yang baru sahaja mendapat harta warisan setelah
ayahnya meninggal dunia. Tetapi dia bingung memikirkan di mana dia harus simpan
wang tersebut. Hendak disimpan kat bank dikhuatiri bank akan bangkrup. Kalau
diletak di bawah bantal dikhuatiri nanti diambil pencuri.
Setelah berfikir agak lama, akhirnya dia mendapat idea...Dia menanam wang
itu de belakang rumahnya...Kerana takut lupa lalu dia memasang papan peringatan
dan ditulis besar ”TIDAK ADA WANG DI SINI”...Ternyata kawannya yang bernama si
Luncai melihat apa yang dilakukan oleh Pak Pandir.
Setelah lewat tengah malam, Luncai pun menggali tanah itu untuk mengambil
wang tersebut. Setelah ia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka
Luncai menggantikan tulisan papan tanda yang ditulis oleh Pak Pandir dengan
ayat....”BUKAN LUNCAI YANG AMBIL”...
No comments:
Post a Comment