Translate

Sunday, October 26, 2014

AS 1MALAYSIA UMUM AGIHAN PENDAPATAN 2014

KUALA LUMPUR - Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.60 sen seunit untuk Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2014.
Kadar pengagihan pendapatan tersebut membabitkan pembayaran berjumlah RM664.22 juta, peningkatan sebanyak 13.0% berbanding jumlah pembayaran pada tahun sebelumnya yang berjumlah RM587.77 juta.
Pengagihan pendapatan ini akan dapat dimanfaatkan oleh seramai 376,631 pemegang unit yang telah melanggan 10.22 bilion unit AS 1Malaysia.
Sehingga 22 September 2014, tabung AS 1Malaysia telah memperolehi pendapatan kasar berjumlah RM787.23 juta. Keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM436.89 juta atau 55.5% kepada jumlah pendapatan kasar tersebut. Pendapatan dividen daripada syarikat-syarikat pelaburan pula menyumbang sebanyak RM231.45 juta atau 29.4%, manakala selebihnya sebanyak RM118.89 juta atau 15.1% diperolehi melalui pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan.
Pengiraan pengagihan pendapatan AS 1Malaysia ini adalah berdasarkan purata baki pegangan minima bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan tabung tersebut.
Pengagihan pendapatan AS 1Malaysia akan dilaksanakan melalui pelaburan semula yang akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit pada 1 Oktober 2014. Semua urus niaga bagi AS 1Malaysia akan ditangguhkan mulai 25 September 2014 sehingga 30 September 2014 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan.
Para pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat-pejabat atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara mulai 1 Oktober 2014.
Bagi pemegang unit yang melanggan unit-unit AS 1Malaysia menerusi Skim Pelaburan Ahli KWSP, pembayaran pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan KWSP yang berkenaan.
Penyata pengagihan pendapatan serta laporan tahunan akan dihantar mulai pertengahan bulan November 2014.
AS 1Malaysia merupakan dana berharga tetap dengan saiz dana bernilai 10 bilion unit. Lima puluh peratus daripada saiz yang dibenarkan adalah dibuka kepada masyarakat Bumiputera manakala 30% diperuntukkan kepada kaum Cina, 15% kepada kaum India dan selebihnya kepada masyarakat Malaysia lain.
Tabung AS 1Malaysia juga merupakan instrumen pelaburan yang digunakan bagi menjayakan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) iaitu suatu skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur di samping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.


Dikeluarkan oleh :
PERMODALAN NASIONAL BERHAD
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
AMINAH HAJI MAHADI
Pengurus Kanan
Jabatan Komunikasi Korporat
Tel: 03-2050 5445
Fax: 03-2050 5268
e-mel: aminah_hm@pnb.com.my

Saturday, October 25, 2014

KENAPA BABI HARAM DIKONSUMSI/ DIMAKAN

Yakinlah Apa yang diharamkan Allah pasti ada hikmah yang terkandung didalamnya. seperti hikmah diharamkannya memakan daging babi

”Katakanlah: “Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi – karena sesungguhnya semua itu kotor – atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa, sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al An `am (6) : 145)

Fakta Babi Tidak Layak untuk di konsumsi :

1. Apakah anda tahu kalau babi tidak dapat disembelih di leher? Ya,karena mereka tidak memiliki leher, sesuai dengan anatomi alamiahnya. Bagi orang yang beranggapan kalau babi memang harus disembelih dan layak bagi konsumsi manusia, tentu Sang Pencipta akan merancang hewan ini dengan memiliki leher.

ISU ANJING: MELAYU MASIH MUALAF

USTAZ Hussein Yee mempunyai ijazah pengajian Islam tetapi beliau masih dilabel sebagai cina mualaf. Saya tertarik dengan artikel Tariq Ismail bertajuk Who is Mualaf?

Tariq menceritakan bagaimana seorang Melayu melatah di sebuah surau di Negara China, “Wah, begitu ramai mualaf di China!”

Seorang Cina menegurnya, “Kamu yang sebenarnya mualaf.” Melayu itu terkejut dan soal, “Bagaimana saya ini mualaf sedangkan saya Melayu?” Orang Cina itu jawab, “Kami sudah peluk Islam 1400 tahun yang lalu. Orang Melayu bila peluk Islam?”

Kebanyakan Melayu tidak rasa dirinya masih mualaf kerana menyamakan bangsa dengan agama. Tambah lagi jika komen Tun Mahatir bahawa Melayu itu malas adalah benar. Tetapi bagi saya adalah tidak adil untuk label Melayu itu malas dari semua segi. Ramai Melayu lebih rajin daripada Cina.

Kalau dikatakan malas, saya dapati majoriti mahasiswa kita memang malas membaca buku ilmiah di luar peperiksaan, termasuk aktivis Muslim. Malas membaca bermakna ilmu agama masih ikut-ikutan, tahap mualaf. Berapa mahasiswa kita yang khatam kitab ar-Risalah karangan Imam Shafi’i?

Masalahnya, Muslim bukan ustaz pun rasa dirinya ulama kerana mudahnya menjadi ulama dengan memakai rida, jubah dan bertabaruk dengan kubur wali!

Bayangkan mualaf-mualaf Melayu inilah yang akan menyampaikan ajaran Islam kepada bukan Muslim. Adakah penyampaian mereka ini mampu memperkasakan imej Islam sedangkan diri mereka sendiri rela tidur dalam zon selesa ikut-ikutan?

My Blog List