Menceritakan tentang Rasulullah SAW,makhluk yang sangat dicintai dalam hati kamu.Seagung-agung makhluk yang dicintai daripada ciptaan ALLAH semuanya.
Ketika kamu mendengar nama “Muhammad”,apakah yang dilakukan oleh hati kamu terhadap nama ini?
Apakah yang dilakukan oleh hati kamu terhadap nama ini??
Apakah yang menyentuh hati kamu?
Saidina Bilal bin Rabbah ketika berpindahnya Baginda SAW kepada rafiqul ‘ala..Kisah ini di “hassan” kan oleh sebahagian ahli huffaz hadis.Setelah mana berpindahnya Baginda SAW kepada rafiqul ‘ala,beliau tidak mampu lagi menetap di Madinah.Kerana kesemuanya disitu mengingatkan Bilal pada peristiwa-peristiwa yang berlaku bersama Baginda SAW,lantas dia berpindah ke tanah Syam,ke negeri yang penuh suci lagi berkat kerana pernah didoakan Nabi SAW.Beliau berpindah ke “Daraya” dekat dengan Damsyik dan berkahwin di sana.