Translate

Thursday, November 6, 2014

KETAM BAKAR

Bahan-Bahan:
10 ekor ketam
30 gm bawang putih (ditumbuk)
20 gm halia (ditumbuk)
20 gm rempah basah (ditumbuk)
15 gm serbuk kunyit
2 biji telur ayam 10 gm daun bawang
10 gm bawang goreng
Garam & gula (secukup rasa)
Minyak
Daun pisang


Cara:
Ketam dibersihkan, dibuangkan kulitnya. Bersihkan kulit ketam. Isi ketam direbuskan. Toskan. Campurkan bahan-bahan seperti bawang putih, bawang merah, halia, rempah basah, serbuk kunyit, telur ayam, daun bawang & bawang goreng. Sumbatkan bahan-bahan tadi ke dalam kulit ketam & masukkan ke dalam ketuhar.

KERANG TUMIS KERING

Bahan-Bahan:
1 kg kerang 
2 btg serai (dititik)
sedikit minyak 2 ulas bawang merah (dicincang halus)
secubit garam dan ajinomoto


Cara:
1)Bawang merah yang telah dicincang ditumis sehingga naik baunya.
2)Masukkan serai dan goreng sekejap.
3)Masukkan kerang, garam dan ajinomoto. Kacau dan tutup kuali.
4)Pastikan airnya kering sebelum diangkat dan dihidang.

20 Amalan Murah Rezeki


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.
Diantaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)
2. Memperbanyak istighfar

My Blog List