Translate

Friday, November 7, 2014

GULAI SIPUT

Bahan-Bahan:
½ kg siput (dipotong ekor)
½ inci lengkuas (dikisar halus)
½ inci kunyit hidup (dikisar halus)
1 ulas bawang besar (dikisar halus) ½ kg santan
20 batang daun kesum
Sedikit garam sebagai perisa
Minyak untuk menggoreng


Cara:
Tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan santan dan kacau sehingga rata. Masukkan garam sebagai perisa dan tunggu sehingga mendidih. Santan hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyak. Angkat setelah santan agak pekat dan hidangkan.

+Resepi Mudah +Recipes, Cooking, Food! 

GULAI KETAM

Bahan-Bahan:
600 gm ketam
2.5 cm halia
1 biji kelapa (sedikit diambil untuk digiling)
1 bungkus rempah gulai daging 1 batang serai
1 sudu besar minyak
Garam secukup rasa


Cara:
Ambil 2 sudu besar kelapa dan giling sehingga lumat. Tumbuk serai. Hiris halia halus-halus. Jerang periuk dan tumiskan rempah bersama kelapa yang digiling. Masukkan santan dan kacau perlahan-lahan. Masukkan ketam, serai, halia dan sedikit garam. Masak hingga mendidih.

GORENG UDANG BERPERISA (SIZZLING PRAWN)

Bahan-Bahan:
Semangkuk udang basah
2 sudu makan tomato sos
2 sudu makan cili sos
1 sudu makan minyak bijan
2 sudu makan minyak masak Sesudu makan bawang putih giling
Sedikit air asam manis
Garam serta serbuk perasa secukup rasa


Cara:
Buangkan kulit udang kemudian belah bahagian belakangnya. Selepas dibasuh toskan airnya. Setelah itu goreng hingga masak. Gaul udang dengan semua bahan-bahan di atas kemudian masak ke dalam pinggan panas yang telah dipanaskan. Setelah itu bolehlah diangkat dan dihidang.

+Recipes, Cooking, Food! +Recipes and Food +Resipe Tasty +Reciping.com +Recipe.com 

My Blog List