Translate

Sunday, November 9, 2014

AYAM 1000 RASA

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (sederhana besar)
1 mangkuk kecil air
4 sudu minyak masak
3 sudu kicap manis
3 sudu kicap manis
4 sudu sos tiram
3 sudu sos tomato
2 sudu jus oren
2 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
1 sudu buah badam (ditumbuk)
1 inci belacan
Sedikit garam dan sebuk perasa Bahan-bahan untuk dikisar:
1 inci halia
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
10 tangkai lada kering


Cara:
1. Ayam dipotong kepada bahagian yang lebih kecil dan dibuang tulangnya.
2. Setelah dibersihkan, perap ayam selama 2 jam bersama kicap, sos tiram,sos tomata dan jus oren. Masukkan juga lada hitam bersama buah badam yang telah ditumbuk.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar. Biarkan sehingga naik baunya.
4. Masukkan belacan dan garam serta serbuk perasa. Masukkan air
5. Masukkan ayam yang telah diperap tadi. Kacau dan biarkan seketika sehingga masak.

Cadangan Hidangan:
Enak dibuat lauk untuk nasi dan mee goreng. Hidangan untuk 4 orang

AYAM BAKAR KING

Bahan-Bahan:
½ ekor daging ayam, direbus
2 biji lada hijau
1 biji bawang merah dihiris
1 tin Campbell's Cream of Chicken
½ cawan susu
Minyak

Cara:
 Tumis hirisan bawang merah dan lada hijau dengan minyak. Keluarkan minyak. Masukkan ayam. Masukkan Campbell's Cream of Chicken dan susu. Kacau hingga sebati. Renihkan selama 5 minit dan hidang.

Tambahan:

Sesuai untuk 3 hidangan.

AYAM BAKAR ALA BBQ

Bahan-Bahan:
1 kg ayam (dipotong 16 bahagian)
500 gm bawang merah
49 gm kunyit basah
40 gm halia
4 batang serai
30 gm bawang putih 3 sudu kecil madu lebah
3 sudu kecil jintan putih
3 sudu jintan manis
Sedikit minyak jagung
3 sudu serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara:

Ayam dipotong 16, dibasuh serta tuskan airnya. Masukkan bawang merah, kunyit basah, halia, serai, bawang putih, jintan manis dan jintan putih, cili yang telah dikisar halus, serbuk kunyit, madu dan garam.
Gaul sehingga ia sebati. Tuangkan sedikit minyak jagung, kemudian peramkan bahan-bahan tadi selama satu jam.
Selepas itu, bolehlah dibakar di atas pembakar sehingga ia masak. Hidangkan panas-panas dengan sos cili dan sebagainya.

My Blog List