Translate

Friday, November 14, 2014

TIPS MENGURANGKAN GEJALA GEDIK ANAK PEREMPUAN


GEDIK adalah istilah terkini yang merujuk kepada aksi anak gadis yang menunjukkan gelagat yang agak 'menggatal' pada bahasa pasarnya. Ia menggambarkan naluri keinginan seorang anak gadis yang agak berlebih-lebihan untuk menarik perhatian lelaki.
Ekoran dari paparan isu tentang gejala zina atau seks bebas dan buang bayi kelmarin, maka ramai ibubapa yang tampil merujuk, khususnya tentang kebimbangan ibubapa terhadap anak gadis mereka yang kelihatan gedik.
Sebenarnya ramai juga sebelum ini kalangan ibubapa yang meminta kami kongsikan beberapa tips untuk mencegah atau mematikan budaya ini di kalangan anak gadis mereka. Kini kami rasa sudah sampai masanya untuk kami kongsikan. Namun kami tidak mengharapkan perkongsian ini boleh diterima bulat-bulat oleh kebanyakan ibubapa kerana ada yang melibatkan konflik dengan minat dan nafsu ibubapa itu sendiri.

PERANAN BAPA

Wednesday, November 12, 2014

TELUR MASAK KICAP

Bahan-Bahan:
Telur 3 biji digoreng mata kerbau. 
Bawang Besar 2 biji - hiris bulat
Ikan Bilis ikut suka - digoreng dulu
Kentang 2 Biji - potong ikut suka dan digoreng dulu
1 btg Cili Hijau - hiris
1 btg Cili Merah - hiris
Kicap manis - ikut suka
Garam dan ajinomoto secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara:
Tumis bawang besar, cili merah dan cili hijau yang dipotong. Setelah agak layu masukkan kicap manis, garam dan ajinomoto secukup rasa. Masukkan juga telur mata kerbau, ikan bilis goreng dan kentang goreng. Tutup api. 

Cadangan Hidangan:
Makan panas2 dengan nasi putih

TELUR MASAK HANCUR

Bahan-Bahan:
1 biji telur 
½ mentega
1 sudu susu Garam & lada sulah
2 hiris tomato (jika suka)

Cara:
Pecah kan telur ke dalam mangkuk & campuerkan susu,garam & lada sulah.
Pukul betul-betul. Panaskan mentega di dalam periuk susu & tuangkan campuran telur. Kecilkan api & masak telur dengan api yang sedderhana. Kacau telur
Perlahan-lahan supaya tidak melekat. Masak hingga telur mulai pekat & menjadi gerbu. Sendukkan telur masak hancur ke atas roti bakar bersapu mentega & hidangkan semasa panas di atas pinggan makan bersama-sama. 

Cadangan Hidangan:
1 orang saja

My Blog List