VIDEO terbaharu yang diambil oleh amatur menunjukkan detik awal pesawat
Malaysia Airlines MH17 yang sedang terbakar, terhempas menghampiri
perkampungan Hrabove, Ukraine, dengan penduduk pada awalnya menyangkakan
ia pesawat tentera negara itu.
HRABOVE (Ukraine): Selepas empat bulan pesawat
MH17 ditembak jatuh di
timur Ukraine, video terbaharu menunjukkan saat awal pesawat yang
sedang terbakar, terhempas menghampiri perkampungan dengan penduduk pada
awalnya menyangkakan ia pesawat tentera negara itu.
Video amatur yang diperoleh agensi berita Associated Press (AP) yang
diambil sendiri oleh penduduk di Hrabove, menunjukkan bagaimana penduduk
bergegas ke bangkai pesawat yang sedang terbakar hanya beberapa meter
jasa jaraknya dari rumah mereka pada tengah hari 17 Julai itu.
Video berkenaan kemungkinan rakaman pertama diambil sebaik saja pesawat Malaysian Airlines (MAS) itu terhempas.
Ketika punca tragedi
MH17 masih menjadi bahan perbalahan
antarabangsa, Ukraine dan kerajaan di barat mendakwa ia ditembak jatuh
oleh puak pemisah yang pro-Russia manakala stesen televisyen Russia di
Moscow sejak minggu lalu menayangkan apa yang mereka dakwa bukti baharu
pesawat MH17 sebenarnya