Translate

Saturday, November 8, 2014

AYAM GOLEK IMPIANA

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
500 gm kentang(potong dadu kecil)
20 biji telur puyuh
1 biji kelapa(ambil santan)
100 gm bawang kecil(rempah dikisar)
20 gm halia(rempah dikisar)
15 gm ketumbar(rempah dikisar)

50 gm cili kering(rempah dikisar) 20 gm bawang putih(rempah dikisar)
10 gm jintan putih(rempah dikisar)
1 gm lada hitam(rempah dikisar)
1 gm kayu manis(rempah dikisar)
1 gm cengkih(rempah dikisar)
1 gm belacan(rempah dikisar)
10 gm garam
Cara:

Goreng rempah hingga wangi dan naik minyak. Angkat rempah tadi bahagi kepada dua. Sebahagian rempah digaul dengan telur dan kentang lalu disumbatkan dalam perut ayam lalu goreng hinggan kekuningan. Angkat dan biarkan sejuk. Sebahagian lagi, dimasukkan ke dalam periuk lalu dicampur dengan api yang kecil sehingga menjadi pekat. Angkat lalu curahkan di atas ayam.

AYAM GORENG

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam - dipotong 14
3 sudu besar cili kisar
Minyak untuk menggoreng
Garam
Bahan Kisar:
2 inci Kunyit hidup
5 ulas Bawang putih
1 inci halia

Cara:

Perap ayam dengan bahan kisar, cili kisar dan garam selama 1/2-1 jam.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam hingga garing.
Sedia untuk dihidang.

AYAM GORENG BERSANTAN

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam yang sederhana besarnya
3 cawan santan pekat
1.2 sm kunyit hidup
35 gm bawang putih dan bawang merah
1 sudu jintan putih
1 biji buah pala ditumbuk halus
4 helai daun salam
2 biji ubi kentang direbus hingga masak 2 biji bawang besar dibelah empat
35 gm daun saderi
5 sm halia
5 biji buah keras
Cili hijau dibelah dua
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Cara:

Ayam dibersihkan tetapi jangan dipotong, selepas dibasuh ditoskan airnya. Gilingkan kunyit hidup, bawang putih, bawang merah, jintan putih, halia dan buah keras hingga lumat. Masakkan semua bahan yang telah digiling bersama santan, buah pala yang sudah ditumbuk, air asam jawa dan daun salam. Bila telah hampir pekat masukkan bawang besar dan cili hijau. Bila sudah pekat angkatkan dan ketepikan. Panggang ayam sehingga masak sambil itu curahkan kuah pada ayam sambil terus dibalik-balik sehingga rata dan masak. Hiaskan dengan daun saderi serta ubi kentang sewaktu menghidangkannya.

My Blog List