Translate

Monday, November 10, 2014

BERITA ROMPAKAN

Dalam siaran berita terkini di salah satu TV swasta, ada memuatkan berita rompakan di sebuah kedai elektrik di ibu kota. Kerugian dianggarkan berjumlah RM100 ribu...Seorang pemberita Mazidul Akmal dilihat sedang menemuramah pemilik kedai tersebut yang bernama Pak Abu...

Wartawan  :  Berapakah kerugian yang pakcik alami kerana rompakan ini?

Pak Abu   :  Rasa-rasanya dalam 100 ribu lebih...tapi kira masih ada untung lagi la.

Wartawan  :  Macamana pulak pakcik boleh kata masih ada untung….??

Pak Abu   :   Saya masih untung kerana rompakan itu berlaku hari ni bukan semalam…kalau semalam memang teruk la saya…

Wartawan  :   Habis tu apa beza semalam dengan hari ni..??

Pak Abu   :   Untung lagi la sebab hari ni kita ada bagi diskaun 50% untuk semua harga...kalau semalam harga masih belum diskaun lagi...

TANAM WANG



Pak Pandir seorang anak yang baru sahaja mendapat harta warisan setelah ayahnya meninggal dunia. Tetapi dia bingung memikirkan di mana dia harus simpan wang tersebut. Hendak disimpan kat bank dikhuatiri bank akan bangkrup. Kalau diletak di bawah bantal dikhuatiri nanti diambil pencuri.

Setelah berfikir agak lama, akhirnya dia mendapat idea...Dia menanam wang itu de belakang rumahnya...Kerana takut lupa lalu dia memasang papan peringatan dan ditulis besar ”TIDAK ADA WANG DI SINI”...Ternyata kawannya yang bernama si Luncai melihat apa yang dilakukan oleh Pak Pandir.

Setelah lewat tengah malam, Luncai pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tersebut. Setelah ia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Luncai menggantikan tulisan papan tanda yang ditulis oleh Pak Pandir dengan ayat....”BUKAN LUNCAI YANG AMBIL”...

BIHUN GORENG SINGAPURA


Bahan-bahan:
500 gm bihun
1 labu bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
20 gm ikan bilis
30 gm isi ayam - dipotong dadu
1 batang lobak merah - dihiris halus
2 batang sawi - dihiris
100 gm tauge
2 tangkai cili merah - dihiris
2 tangkai daun bawang - dihiris
2 tangkai daun sup - dihiris
1 biji telur rebus
Garam secukup rasa
Sedikit minyak
Cara menyediakan:

1. Rendam bihun dalam air sehingga lembut dan tuskan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali.
3. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
4. Masukkan ayam, ikan bilis dan garam. Kacau rata.
5. Masukkan pula lobak merah dan sawi.
6. Bolehlah masukkan bihun. Gaul sebati.
7. Barulah dimasukkan tauge dan cili merah. Kacau rata.
8. Bolehlah diangkat. Taburkan hirisan daun bawang dan daun sup serta telur rebus 

My Blog List