Translate

Wednesday, November 12, 2014

TELUR MASAK LEMAK

Bahan-Bahan:
4 biji telur 
600 ml santan
1 ulas bawang putih (dicincang)
2 labu sedang bawang besar (dibuang kulitnya dibelahlah empat)
1.2 cm halia (dihiris halus)
5 cm serai (dititik) Sedikit belacan (dibakar)
2 camca udang kering (direndam & ditoskan)
2 batang lada hijau (dihiris menyerong & dibuang bijinya)
Garam & lada sulah secukupnya
Sedikit serbuk perasa
7 gm suun (direndam & ditoskan )

Cara:
Tuangkan 1/3 daripada santan ke dalam sebuah periuk. Masukkan bawang putih,bawang,halia & serai. Kacau hingga mendidih.Masukkan bahan tumbuk & lada. Kecilkan api. Didihkan perlahan-lahan selama 5 minit,dengan mengacaunya selalu.Masak hingga mendidih sekali lagi & tuangkan separuh daripada santan yang tinggal. Pecahkan sebiji telur ke dalam periuk,tunggu hingga ia beku, barulah memecahkan yang lain satu-persatu. Bubuh serbuk perasa secukup rasa & kecilkan apinya. Masukkan santan selebihnya & sesuaikan rasanya. Kacau perlahan-lahan & masaklah selama 2 minit lagi. Masukkan suun. Hidangkan dengan segera bersama nasi putih,ikan goreng,sejenis sayur pedas & sambal belacan.

Cadangan Hidangan:
Untuk 4 orang saja

TELUR MASAK KICAP

Bahan-Bahan:
3 biji telur 2 ulas bawang merah 
sedikit daun kari
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu kicap manis
3 sudu air asam jawa
garam secukup rasa
minyak utk menumis dan menggoreng

Cara:
-panaskan minyak
-goreng telur macam biasa satu persatu
-kurangkan minyak utk menumis
-tumis bawang merah dan daun kari
-masukkan garam, kicap dan air asam jawa
-akhir sekali masukkan telur yg digoreng tadi

KARI TELUR GORENG

Bahan-Bahan:
2 biji telur 
1 biji ubi kentang
1 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
1 inci halia 3 camca serbuk kari ikan
½ sudu teh sebuk kunyit
minyak masak
garam secukup rasa
santan

Cara:
Potong ubi kentang kepada dadu,masukkan dalam telur dengan sedikit garam dan goreng telur tersebut seperti telur dadar.
Selepas goreng potong telur tersebut potongnya dalam bentuk kiub.Bahan-bahan tumisan dimesin dan ditumis dengan sedikit minyak. Selepas itu masukkan serbuk kari,serbuk kunyit dan garam. Masukkan air sedikit dan biarkan sampai pecah minyak.Kemudian masukkan air lagi dan biarkan kari itu mendidih.Masukkan kepingan telur yang dipotang kiub dan biarkan selama 5-10 minit.Akhir sekali masukkan santan. Selepas 2 minit padamkan api. 

Cadangan Hidangan:
2-4 orang

My Blog List