Translate

Thursday, November 6, 2014

BARBEKU UDANG HARIMAU

Bahan-Bahan:
80 gm udang harimau
4 gm rempah paprika
4 gm sos Lea & Perrins
2 gm serbuk cili
2 gm aromat
2 gm garam kasar
2 gm lada sulah
2 gm jus limau
2 gm sos tiram Bahan dikisar:
4 gm kunyit hidup
4 gm bawang merah
4 gm bawang putih

Cara: Bersihkan udang tetapi jangan dibuang kepala dan ekor. Tuskan airnya. Perap bersama bahan lain dan biar lima belas minit. Panggang udang tetapi jangan terlalu masak kerana ia akan kering. Hidang bersama sos.

BARBEKU SATE TANGKAPAN LAUT

Bahan-Bahan: 60 gm udang 
50 gm sotong
50 gm kepah
4 gm rempah paprika
4 gm sos Lea & Perrins
2 gm serbuk cili
2 gm aromat 2 gm lada sulah
2 gm jus limau nipis

Bahan dikisar:
4 gm kunyit hidup
4 gm bawang merah
2 gm bawang putih

Cara: Bersihkan udang, sotong serta kepah dan tuskan airnya. Perap bersama bahan-bahan lain selama sepuluh minit. Panggang mengikut kesukaan anda dan hidangkan dengan sos.

BARBEKU KEPAH

Bahan-Bahan:
80 gm kepah New Zealand
4 gm rempah paprika
4 gm sos Lea & Perrins
2 gm serbuk cili
2 gm aromat
2 gm garam
2 gm lada sulah 2 gm jus limau nipis
2 gm sos tiram

Bahan dikisar:
4 gm kunyit hidup
4 gm bawang merah
4 gm bawang putih

Cara: Bersihkan kepah dan tuskan airnya. Gaul bersama bahan lain dan biar sepuluh minit. Panggang mengikut selera anda dan hidangkan bersama dengan sos.

My Blog List