Translate

Sunday, November 9, 2014

AYAM BAKAR ISTIMEWA

Bahan-Bahan:

1 EKOR AYAM-DIBELAH 4
5 ULAS BAWANG PUTIH-DIKISAR
1 LABU BAWANG MERAH-DIKISAR
5 CM HALIA-DIKISAR
SOS TOMATO KIMBALL
2 SUDU MINYAK MASAK
KUAH PERCIK :
1 BIJI KELAPA PARUT-SANTAN PEKAT
SEDIKIT LADA HITAM
1 BATANG SERAI-KETUK
1 ULAS BAWANG MERAH
CILI KERING

Cara:
1-AYAM DIPERAP DENGAN BAWANG MERAH,BAWANG PUTIH,HALIA,SOS TOMATO DAN MINYAK MASAK DAN SEDIKIT GARAM. BIARKAN SELAMA 1 JAM.
2-BAKAR AYAM YANG DIPERAP SAMPAI MASAK.
3-TUMIS BAWANG MERAH,CILI KERING DAN LADA HITAM,SERAI.
4-MASUKKAN SANTAN,KACAU API PERLAHAN SAMPAI PEKAT DAN MASAK.
5-TUANG DIATAS AYAM YANG SIAP DIBAKAR TADI.

Cadangan Hidangan:
4 ORANG MAKAN

AYAM BAKAR SANTAN BEREMPAH,

Bahan-Bahan:
1 ½ kg ayam
5 batang serai (dikisar)
30 gm bawang merah (dikisar)
10 gm bawang putih (dikisar)
4 cm halia (dikisar)
5 biji buah keras (dikisar)
3 biji cili merah yang besar (dikisar) 4 biji limau kasturi (diperah jusnya)
50 gm santan pekat
4 cm kunyit hidup (dikisar)
1 helai daun pisang yang besar & panjang
10 gm gula
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa
Cara:

Ayam dibelah 2 kemudian dibersihkan & dikelar. Gaulkan dengan semua bahan yang telah dikisar halus juga jus limau kasturi, serbuk perasa, santan pekat & sedikit serbuk kari daging. Perapkan ayam selama 1 jam / lebih kerana semakin
lama diperap semakin sedap rasanya.

Cara Membungkus:
Lapis pertama letakkan kertas timah. Lapis kedua letakkan daun pisang. Lapis ketiga daun kunyit kemudian letakkan ayam & bungkus kemas-kemas. Bakar hingga
masak dalam ketuhar selama 20-25 minit. Hidangkan ketika masih panas.

AYAM BBQ ISTIMEWA

Bahan-Bahan:
2kg ayam. Pilih bahagian ayam yang disukai
3 biji bawang besar
6 biji bawang putih
1 ikat serai
½ ketul halia
2 biji limau kasturi
5 sudu besar madu
½ botol sederhana kicap lemak manis
serbuk cili babas secukup pedas
Hirisan salad, tomato dan timun utk hidangan.


Cara:
kisarkan bawang besar, bawang putih ,halia dan serai sehingga halus.
Kemudian campurkan kisaran tadi dengan ayam yang telah dicuci bersih di dalam mangkuk besar.
Masukkan perahan 2 biji limau kasturi , 5 sudu madu , kicap dan serbuk cili.
Gaulkan kesemuanya hingga rata dan biarkan tenggelam dalam bancuhan selama sekurang-kurangnya 30mts.
Ayam sudah sedia utk dibakar. Semasa membakar ayam, sekali-sekala celupkan kembali ayam tersebut dalam bancuhan tadi dan biarkan masak sepenuhnya.

Cadangan Hidangan:

Hidangkan ayam di atas pinggan besar sejurus selepas masak bersama sedikit daun salad,timun serta tomato.

My Blog List