Translate

Monday, November 24, 2014

VIDEO: Idol Junior Yang Amat Menyentuh Hati

Video yang mampu membuat kita tergamam seketika...Tanpa kita sedar ianya mampu mengalirkan air mata....sediakan tisu banyak-banyak....

FARIZAL IDOL JUNIOR 2014

Air Mata yang mengalir tidak tertahan disapu oleh juri yang mengadili ujibakat INDONESIAN IDOL JUNIOR 2014.


FARIZAL IDOL JUNIOR 2014

VIEW ZOOMER


Persembahan yang biasa-biasa sahaja bagi mereka yang tidak dapat menghayatinya...Keseluruhannya memang

Sunday, November 23, 2014

OLD SKOOL COLLECTION

ALL OLDSKOOL CAR'S PICTURE

Kereta Classic

Kereta ClassicClassic Car

Saturday, November 22, 2014

MENCARI KECANTIKAN ISTERI BUKAN ISTERI YANG MASIH CANTIK…

”Mengapa dia tidak faham rintihan hati aku?”  keluh seorang sahabat rapat kepada saya.

”Bukan aku tidak cinta, tetapi tolonglah berhias diri,” tambahnya lagi.

”Mengapa? Teruji sangatkah?”“Kau menjaga pandangan?”“Bukan sahaja pandangan tetapi penciuman. Dunia akhir zaman, kau bukan tidak tahu.””Ya, iman kita sering teruji,” balas saya, seaakan-akan menumpang keluhannya.

6 Things You Can Invest In Instead Of An iPhone 6


With the latest launch of the highly anticipated iPhone 6 and iPhone 6 Plus, the Internet has been flooded with advice on how you can break your child’s piggy bank or sell a kidney, in order to buy one!

As the release date for Malaysia has not been announced by Apple yet, the nearest country that has iPhone available is Singapore. With the cheapest iPhone 6 and 6 Plus are priced at SG$988 (about RM2,500) for iPhone 6, and SG$1,148 (about RM2,900) for the Plus, will you consider buying one?


Even without the 7% goods and services tax (GST) in Singapore, the prices are:

iPhone 6

KISAH BENAR: HANCUR LULUH HATI SEORANG SUAMI


Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya adalah juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat.

KISAH ini terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya.

Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Saya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu.

SEBELUM INI
Bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak sampaikan

Friday, November 21, 2014

VIDEO: WANITA GRO KANTOI DALAM SEMAK

 Wanita Kantoi Dan Ditemui Separuh Bogel, Layan Lelaki Dalam Semak! Klink Di Sini


GRO Ditemui Separuh Bogel, Layan Pelanggan Dalam Semak!


SUNGAI PETANI : Seorang wanita berusia awal 30-an bersama pasangannya ditemui dalam keadaan separuh bogel ketika serbuan dilakukan anggota penguatkuasa dari Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam kawasan semak berhampiran Pekan Lama, Sungai Petani baru-baru ini.


Wanita tersebut, dikenali sebagai Rina (bukan nama sebenar) dipercayai telah lama dan berpengalaman sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) selain aktif terjebak dengan perbuatan itu.


Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, hasil maklumat orang awam, sepasukan tujuh anggota bersiap sedia melakukan serbuan kira-kira jam 7 malam melalui lorong tikus sehinggalah sampai ke lokasi kejadian.

Tuesday, November 18, 2014

KEMASKINI BR1M 2015 BERMULA 1 DISEMBER 2014 2014

BR1M 2015 atau BRIM 4.0 (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) sudah boleh dikemaskini bermula 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014 khas untuk warganegara Malaysia yang berkelayakan sahaja.

Untuk BR1M 2015 kali ini ada kelainan dan keistimewaan sikit. Untuk penerima BRIM 4.0 yang isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, bayaran BRIM dinaikkan dari  RM650 kepada RM950.



Manakala bagi penerima yang isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 bayaran

SURAT UNTUK SUAMI CURANG



Selepas menemui ibu dan bapa Mah, si suami curang pulang ke rumah. Rumahnya kosong. Tiada sesiapa. Dipanggil nama isterinya, tiada sahutan. Adan, Lili, dan Nafisa juga tidak kelihatan.
Si suami curang menemui surat berwarna merah jambu berlipat di atas meja solek. Dalam keadaan terpinga-pinga, beliau membuka dan membacanya.

Abang yang dikasihi,
Ketika abang sedang membaca surat ini, kami semua sedang berada jauh dari abang. Usah abang risau, Mah membawa anak-anak mengikuti Nutrition Workshop, demi masa depan Mah dan keluarga kita, terutama abang yang Mah sayangi.

Kerana abang telahpun berterus-terang, biarlah Mah berterus terang juga.
Abang ingat tak semasa Mah baru mengandungkan Adan? Mah memberitahu abang bahawa Mah ingin mengambil Set Kehamilan Shaklee, tapi abang tolak mentah-mentah. Abang kata semua tu cuma gimik pengedar saja. Abang kata mereka semua tak berpelajaran dan tiada asas ilmu tentang kesihatan, hanya sekadar nak menjual semata-mata. Abang ingat tak?

PENGAKUAN SUAMI CURANG


PAGI ini, emel saya diketuk seorang pembaca yang meminta namanya dirahsiakan untuk berkongsi kisah rumah tangga.Kisah ini wajar dijadikan pedoman buat para isteri yang merasa cukup bahagia dengan layanan romantis suami. Usah terlalu merasa bahagia, jika anda sendiri belum mempercukupkan diri untuk si dia. Selama ini, dia tidak menyangka sungai rumah tangganya yang beralun lembut, aman damai, tenang di permukaan telah bergolak hebat di dasarnya, tanpa sedar...

Suami seorang yang penyayang dan romantis. Anak anak ketawa ceria... malah sebagai suri rumah tangga dia seorang isteri yang menjaga batas pergaulan termasuk aurat dan akhlak.

Suami selalu membuat kejutan. memberi hadiah dan kata senyuman, namun dia yang selalu berasa hebat dapat menjaga keperluan suami dan anak anak tidak sedar bahawa ada wanita lain yang telah membahagiakan suaminya sekali gus menjadikan lelaki itu amat romantik di rumah untuk menutup kesalahan...

MALANG: VIDEO WARGA EMAS DISERET PERAGUT

http://adf.ly/uIeG0

Port Dickson: "Kami terkejut apabila mendengar jeritan dan mendapati seorang wanita warga emas diseret oleh dua lelaki yang menaiki motosikal," kata peniaga gerai minuman, Mohd Tarmizi Mustafa,43, yang menyaksikan kejadian ragut di PD Waterfront, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa berusia 62 tahun dan hanya dikenali sebagai Ho, parah akibat diseret peragut terbabit sejauh 10 meter di tempat kejadian, namun wanita itu tetap tidak melepaskan beg tangannya itu.

Monday, November 17, 2014

VIDEO SAAT AWAL MH17 TERHEMPAS BERHAMPIRAN RUMAH PENDUDUK


http://adf.ly/uFfN8

VIDEO terbaharu yang diambil oleh amatur menunjukkan detik awal pesawat Malaysia Airlines MH17 yang sedang terbakar, terhempas menghampiri perkampungan Hrabove, Ukraine, dengan penduduk pada awalnya menyangkakan ia pesawat tentera negara itu.

HRABOVE (Ukraine): Selepas empat bulan pesawat MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine, video terbaharu menunjukkan saat awal pesawat yang sedang terbakar, terhempas menghampiri perkampungan dengan penduduk pada awalnya menyangkakan ia pesawat tentera negara itu.

Video amatur yang diperoleh agensi berita Associated Press (AP) yang diambil sendiri oleh penduduk di Hrabove, menunjukkan bagaimana penduduk bergegas ke bangkai pesawat yang sedang terbakar hanya beberapa meter jasa jaraknya dari rumah mereka pada tengah hari 17 Julai itu. Video berkenaan kemungkinan rakaman pertama diambil sebaik saja pesawat Malaysian Airlines (MAS) itu terhempas.

Ketika punca tragedi MH17 masih menjadi bahan perbalahan antarabangsa, Ukraine dan kerajaan di barat mendakwa ia ditembak jatuh oleh puak pemisah yang pro-Russia manakala stesen televisyen Russia di Moscow sejak minggu lalu menayangkan apa yang mereka dakwa bukti baharu pesawat MH17 sebenarnya

Saturday, November 15, 2014

NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

LAFAZ NIAT

Lafaz Niat Sembahyang Qasar serta Jamak

1. Lafaz niat sembahyang qasar/ jamak Zohor dengan Asar Taqdim :
" Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala". Selepas itu terus sembahyang Asar :
" Sahaja aku sembahyang fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala ".

2. Lafaz niat sembahyang qasar/ jamak Zohor dengan Asar Taakhir :
" Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor dua rakaat qasar dihimpunkan kepada Asar kerana Allah Taala " Selepas itu terus sembahyang Asar :
" Sahaja aku sembahyang fardhu Asar dua rakaat qasar tunai kerana Allah Taala ".

3. Lafaz niat sembahyang qasar/ jamak Maghrib dengan Isyak Taqdim:
" Sahaja aku sembahyang fardhu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepadanya Isyak tunai kerana Allah Taala ". Selepas itu terus sembahyang Isyak :
" Sahaja aku sembahyang fardhu Isyak dua rakaat qasar kerana Allah Taala ".

4. Lafaz niat sembahyang qasar/ jamak Maghrib dengan Isyak Taakhir :
" Sahaja aku sembahyang fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada Isyak kerana Allah Taala ". Selepas itu terus sembahyang Isyak :
" Sahaja aku sembahyang fardhu Isyak dua rakaat qasar tunai kerana Allah Taala ".

CARA MENGERJAKAN SEMBAHYANG DI DALAM KAPAL TERBANG

Di dalam penerbangan penumpang tidak dibenarkan mengambil air sembahyang kerana akan menyebabkan air yang banyak tertumpah ke lantai yang akan membahayakan penerbangan. Di masa-masa tertentu, penumpang juga hendaklah mematuhi arahan supaya duduk dan memasang tali pinggang keledar di kerusi masing-masing bagi menjaga keselamatan semasa penerbangan. Berdasarkan sebab-sebab di atas para ulama berpendapat cara-cara sembahyang di dalam kapal terbang bolehlah dibuat seperti berikut:

1. Sembahyang dilakukan bagi menghormati waktu iaitu dengan isyarat sahaja di mana kita seolah-olah berada dalam keadaan tidak dapat bergerak seperti mana orang yang terikat pada pokok. ( Tidak perlu ada air sembahyang, tidak perlu menghadap Kiblat dan tidak perlu mengikut syarat-syarat sah lain yang diperlukan ).

2. Apabila turun di Lapangan Terbang dan waktu masih ada, wajiblah sembahyang berkenaan diulang semula dan jika sudah habis waktu, wajiblah sembahyang berkenaan diqadatkan.

LAIN-LAIN PERKARA MENGENAI SEMBAHYANG JAMAK DAN QASAR

1. Sembahyang jamak dan qasar di satu-satu tempat ( dalam musafir ) boleh dikerjakan selama tiga hari tidak termasuk hari sampai dan hari keluar daripada tempat itu.

2. Jika berniat hendak berhenti di satu-satu tempat ( dalam musafir ) selama empat hari atau lebih, maka putuslah musafir sebaik sahaja sampai ke tempat tersebut dan tidak boleh lagi sembahyang jamak dan qasar. Begitu juga kalau berhenti itu kerana hajat yang tidak boleh lagi selesai dalam masa empat hari itu maka putus juga musafirnya. Tetapi kalau berhenti itu kerana hajat yang boleh selesai dalam masa tiga hari ( atau hendak berhenti kurang dari tiga hari ) maka boleh qasar dan jamak selama tiga hari itu, selain daripada hari masuk dan hari keluar.

3. Seseorang berniat hendak berhenti terus dari satu tempat, maka berakhirlah musafir apabila sampai ke tempat tersebut. Ia tidak boleh lagi sembahyang jamak dan qasar kerana ia telah bermukim di situ.

4. Jika ia berhenti di satu tempat ( dalam musafir ) kerana ada urusan yang dijangka selesai dalam masa dua atau tiga hari tetapi urusan itu tidak juga selesai dari sehari ke sehari maka ia boleh terus sembahyang jamak dan qasar sehingga 18 hari.

5. Seseorang bermusafir dalam keadaan tidak tahu tempoh berhenti atau tiada tempat tertentu yang dituju tidak boleh sembahyang jamak dan qasar.

6. Seseorang sedang sembahynag qasar dalam kenderaan misalnya, tiba- tiba sampai ke tempat yang dituju yang tidak dibolehkan jamak dan qasar atau sampai ke tempat asal ( tempat menetap ) maka wajib disudahkan sembahyang fardhu itu secara tamam ( penuh empat rakaat ).

7. Jika bermusafir tetapi tidak tahu hukum dan syarat-syarat mengenai sembahyang jamak dan qasar, maka ia wajib sembahyang tamam ( sempurna ) sepanjang musafir.

8. Jika seseorang keluar dari rumah sebelum fajar hari Jumaat, ia diharuskan mengerjaakan sembahyang Jumaat. Tetapi jika ia keluar selepas fajar pada hari Jumaat, ia wajib sembahyang Jumaat di mana tempat ia mendengar azan semasa ia bermusafir.

SEMBAHYANG QASAR

Sembahyang Qasar ialah memendekkan sembahyang empat rakaat menjadi dua rakaat.
Syarat-syarat sembahyang Qasar

1. Perjalanan atau musafir yang diharuskan oleh syarak atau bukan kerana membuat maksiat.

2. Perjalanan atau musafir yang lebih dua marhala ( 56 batu/ 91 kilometer)

3. Niat sembahyang Qasar semasa Takbiratul Ihram

4. Solat yang terdiri dripada 4 rakaat ( Zohor, Asar, dan Isyak )

5. Berkekalan musafir ( masih daalam musafir ) sehingga selesai atau sempurna sembahyang.

6. Tidak boleh mengikut orang atau jemaah yang sembahyang secara tamam ( sembahyang yang sempurna empat rakaat )

NOTA : Kalau diikut Imam sembahyang tamam, wajib ditamamkan sembahyang kita. Orang yang sembahyang tamam boleh berimamkan mengikut orang yang sembahyang Qasar.

JAMAK TAAKHIR

Jamak Taakhir ertinya mengumpul sembahyang yang pertama di dalam waktu yang kedua. Seperti Sembahyang Zohor dilaksanakan di dalam waktu Asar dan sembahyang Maghrib di dalam waktu Isyak Syarat-syarat sembahyang jamak Taakhir:

1. Hendaklah berniat Jamak Taakhir dalam waktu yang pertama ( Zohor atau Maghrib ) seperti hendak Taakhirkan sembahyang fardhu Zohor ke waktu Asar atau Taakhirkan sembahyang Maghrib ke waktu Isyak iaitu ketika bermulanya masuk waktu Zohor atau Maghrib hinggalah berakhirnya waktu berkenaan.

2. Masih dalam musafir hingga selesai kedua-dua sembahyang.

NOTA :

1. Jarak antara sembahyang dalam jamak Taakhir tidak semestinya berturut-turut, iaitu boleh diselangi dengan masa yang panjang.

2. Tidak boleh jamak ( Taqdim atau Taakhir ) sembahyang fardhu Asar dengan Maghrib atau sebaliknya. Fardhu Isyak dengan Fardhu Subuh atau sebaliknya. Juga tidak boleh jamak sembahyang fardhu Subuh dengan fardhu Zohor atau sebaliknya.Yang dijamakkan ialah zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak sahaja.

JAMAK TAQDIM

Jamak Taqdim ertinya mengumpul atau menghimpunkan sembahyang yang kedua di dalam waktu pertama seperti sembahyang Fardhu Asar dalam waktu Zohor dan sembahyang Isyak dalam waktu Maghrib. Syarat-syarat sembahyang jamak Taqdim:

1. Didahulukan sembahyang yang pertama iaitu Zohor, kemudian baru ditunaikan yang kedua iaitu Asar. Begitu juga Maghrib didahulukan, kemudian baru Isyak.Walaubagaimanapun jika diterbalikkan,sah sembahyang jamak tersebut.

2. Berniat untuk sembahyang jamak dalam sembahyang yang pertama ( bermula dari takbiratul ihram atau di tengah-tengah sembahyang selagi belum memberi salam ). Yang afdhalnya dalam Takbiratul Ihram.

3. Mualat iaitu berturut-turut antara dua sembahyang yang dikumpulkan. Jangan diselangi dengan masa yang panjang. Selangmasa yang dibenarkan ialah tidak melebihi kadar masa dua rakaat sembahyang sunat yang ringkas.

4. Masa berkekalan dalam masa musafir hingga Takbiratul Ihram sembahyang yang kedua ( tiada disyaratkan sampai tamat sembahyang yang kedua itu ).

5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama ( Zohor atau Maghrib ) berkekalan hingga didirikan solat yang kedua ( Asar atau Isyak ).

SEMBAHYANG JAMAK

Sembahyang jamak ialah mengumpulkan dua sembahyang fardhu dalam satu waktu samada jamak Taqdim atau jamak Taakhir. Seseorang yang ingin sembahyang jamak ( Taqdim atau Taakhir ) hendaklah keluar dari rumahnya sebelum masuk waktu zohor ( jika ia berhajat untuk menjamak sembahyang Zohor dan Asar ) atau keluar sebelum masuk waktu Maghrib ( jika ia berhajat untuk menjamak sembahyang Maghrib dan Isyak dari qariahnya.

SOLAH DALAM PERJALANAN

Jika jarak musafir atau tempat yang dituju itu lebih dari dua marhalah ( 56 batu atau 91 kilometer ) maka Allah memberikan kemudahan kepada kita untuk menjamak dan menqasarkan sembahyang fardhu.

SUNAT-SUNAT MUSAFIR

1. Sunat memulakan musafir pada hari Khamis.. Diriwayatkan oleh Bukhari:
" Bahawa Rasulullah S.A.W jika ia bermusafir, jarang ia berangkat bukan pada hari Khamis "

2. Sunat membawa teman ketika bermusafir. dari Ibnu Umar r.a:
"Bahawa Rasulullah S.A.W melarang bersendiri, ertinya bila seseorang itu menginap atau bermusafir seorang diri ". ( Riwayat Ahmad )
Baginda juga selalu membawa barang-barang berikut semasa bermusafir iaitu sebotol minyak, sikat rambut, celak, gunting, kayu sugi dan cermin.

3. Sunat meminta kaum keluarga atau sahabat yang ditinggalkan memohon supaya bertawakkal kepada Allah supaya mendoakan keselamatan kita dalam perjalanan dan musafir.

4. Sunat berdoa ketika keluar berangkat dari rumah.
" Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah dan tiada daya maupun tenaga kecuali dengan izin Allah "

5. Jika bermusafir dengan menaiki kenderaan maka sunat pula berdoa :
" Segala puji bagi Allah, maha Suci Allah yang telah menjinakkan ( memudahkan ) bagi kami kenderaan ini, padahal sebelumnya kami takkan mampu menguasainya dan sungguh kami nanti akan pulang kembali kepada Tuhan kami ".

SEMBAHYANG SUNAT MUSAFIR

Sunat melakukan sembahyang sunat musafir sebelum berangkat. Cara-cara sembahyang sunat musafir.

1. Lafaz niat ketika takbiratul ihram ialah seperti berikut :
" Sahaja aku sembahyang sunat musafir dua rakaat kerana Allah "

2. Pada rakaat yg pertama selepas membaca Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun

3. Pada rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.

4. Selepas salam berdoalah meminta agar Allah memberikan keselamatan, kemudahan serta memberkati perjalanan yang
hendak dilakukan

PANDUAN BERMUSAFIR

NIAT


Hendaklah niat bermusafir dengan tujuan melaksanakan sesuatu hal yang baik semoga sentiasa diberkati oleh Allah. Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:


" Tidak seorang pun yang keluar dari rumahnya kecuali ada dua panji-panji, salah satu di antaranya berada di tangan malaikat sedang yang lainnya di tangan syaitan. Maka jika keluarnya itu untuk sesuatu urusan yang disukai Allah S.W.T, ia akan diringi oleh malaikat dengan panji-panjinya. Demikianlah ia akan selalu berada di bawah panji-panji malaikat sampai ia kembali ke rumahnya.
Sebaliknya jika keluarnya itu untuk sesuatu hal yang dimurkai Allah, maka orang itu akan diiringi oleh syaitan dengan panjipanjinya. Dan demikianlah ia akan selalu di bawah panji- panji syaitan sampai ia pulang kembali ke rumahnya ".
( Riwayat Ahmad dan Tabrani )

PANDUAN MUSAFIR DAN SOLAH DI DALAM PERJALANAN

Setiap orang yang ingin melakukan perjalanan atau bermusafir dengan tujuan yang baik dan dituntut oleh Islam seperti bermusafir kerana menuntut ilmu, melaksanakan sesuatu urusan keagamaan seperti mengerjakan Ibadat Haji, menziarahi keluarga, kenalan atau mencari rezeki yang halal untuk memenuhi keperluan keluarganya, mereka tergolong di kalangan orang-orang yang menempuh perjalanan yang diredhai Allah, atau dikira beribadat kepada Allah S.W.T . Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

" Barangsiapa yang bermusafir kerana menuntut ilmu pengetahuan, maka ia adalah dalam perjalanan Allah, sehinggalah ia kembali ".

Friday, November 14, 2014

TIPS MENGURANGKAN GEJALA GEDIK ANAK PEREMPUAN


GEDIK adalah istilah terkini yang merujuk kepada aksi anak gadis yang menunjukkan gelagat yang agak 'menggatal' pada bahasa pasarnya. Ia menggambarkan naluri keinginan seorang anak gadis yang agak berlebih-lebihan untuk menarik perhatian lelaki.
Ekoran dari paparan isu tentang gejala zina atau seks bebas dan buang bayi kelmarin, maka ramai ibubapa yang tampil merujuk, khususnya tentang kebimbangan ibubapa terhadap anak gadis mereka yang kelihatan gedik.
Sebenarnya ramai juga sebelum ini kalangan ibubapa yang meminta kami kongsikan beberapa tips untuk mencegah atau mematikan budaya ini di kalangan anak gadis mereka. Kini kami rasa sudah sampai masanya untuk kami kongsikan. Namun kami tidak mengharapkan perkongsian ini boleh diterima bulat-bulat oleh kebanyakan ibubapa kerana ada yang melibatkan konflik dengan minat dan nafsu ibubapa itu sendiri.

PERANAN BAPA

Wednesday, November 12, 2014

TELUR MASAK KICAP

Bahan-Bahan:
Telur 3 biji digoreng mata kerbau. 
Bawang Besar 2 biji - hiris bulat
Ikan Bilis ikut suka - digoreng dulu
Kentang 2 Biji - potong ikut suka dan digoreng dulu
1 btg Cili Hijau - hiris
1 btg Cili Merah - hiris
Kicap manis - ikut suka
Garam dan ajinomoto secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara:
Tumis bawang besar, cili merah dan cili hijau yang dipotong. Setelah agak layu masukkan kicap manis, garam dan ajinomoto secukup rasa. Masukkan juga telur mata kerbau, ikan bilis goreng dan kentang goreng. Tutup api. 

Cadangan Hidangan:
Makan panas2 dengan nasi putih

TELUR MASAK HANCUR

Bahan-Bahan:
1 biji telur 
½ mentega
1 sudu susu Garam & lada sulah
2 hiris tomato (jika suka)

Cara:
Pecah kan telur ke dalam mangkuk & campuerkan susu,garam & lada sulah.
Pukul betul-betul. Panaskan mentega di dalam periuk susu & tuangkan campuran telur. Kecilkan api & masak telur dengan api yang sedderhana. Kacau telur
Perlahan-lahan supaya tidak melekat. Masak hingga telur mulai pekat & menjadi gerbu. Sendukkan telur masak hancur ke atas roti bakar bersapu mentega & hidangkan semasa panas di atas pinggan makan bersama-sama. 

Cadangan Hidangan:
1 orang saja

TELUR MASAK LEMAK

Bahan-Bahan:
4 biji telur 
600 ml santan
1 ulas bawang putih (dicincang)
2 labu sedang bawang besar (dibuang kulitnya dibelahlah empat)
1.2 cm halia (dihiris halus)
5 cm serai (dititik) Sedikit belacan (dibakar)
2 camca udang kering (direndam & ditoskan)
2 batang lada hijau (dihiris menyerong & dibuang bijinya)
Garam & lada sulah secukupnya
Sedikit serbuk perasa
7 gm suun (direndam & ditoskan )

Cara:
Tuangkan 1/3 daripada santan ke dalam sebuah periuk. Masukkan bawang putih,bawang,halia & serai. Kacau hingga mendidih.Masukkan bahan tumbuk & lada. Kecilkan api. Didihkan perlahan-lahan selama 5 minit,dengan mengacaunya selalu.Masak hingga mendidih sekali lagi & tuangkan separuh daripada santan yang tinggal. Pecahkan sebiji telur ke dalam periuk,tunggu hingga ia beku, barulah memecahkan yang lain satu-persatu. Bubuh serbuk perasa secukup rasa & kecilkan apinya. Masukkan santan selebihnya & sesuaikan rasanya. Kacau perlahan-lahan & masaklah selama 2 minit lagi. Masukkan suun. Hidangkan dengan segera bersama nasi putih,ikan goreng,sejenis sayur pedas & sambal belacan.

Cadangan Hidangan:
Untuk 4 orang saja

TELUR MASAK KICAP

Bahan-Bahan:
3 biji telur 2 ulas bawang merah 
sedikit daun kari
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu kicap manis
3 sudu air asam jawa
garam secukup rasa
minyak utk menumis dan menggoreng

Cara:
-panaskan minyak
-goreng telur macam biasa satu persatu
-kurangkan minyak utk menumis
-tumis bawang merah dan daun kari
-masukkan garam, kicap dan air asam jawa
-akhir sekali masukkan telur yg digoreng tadi

KARI TELUR GORENG

Bahan-Bahan:
2 biji telur 
1 biji ubi kentang
1 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
1 inci halia 3 camca serbuk kari ikan
½ sudu teh sebuk kunyit
minyak masak
garam secukup rasa
santan

Cara:
Potong ubi kentang kepada dadu,masukkan dalam telur dengan sedikit garam dan goreng telur tersebut seperti telur dadar.
Selepas goreng potong telur tersebut potongnya dalam bentuk kiub.Bahan-bahan tumisan dimesin dan ditumis dengan sedikit minyak. Selepas itu masukkan serbuk kari,serbuk kunyit dan garam. Masukkan air sedikit dan biarkan sampai pecah minyak.Kemudian masukkan air lagi dan biarkan kari itu mendidih.Masukkan kepingan telur yang dipotang kiub dan biarkan selama 5-10 minit.Akhir sekali masukkan santan. Selepas 2 minit padamkan api. 

Cadangan Hidangan:
2-4 orang

SAWI GORENG



Bahan-Bahan:
300 gm sawi

2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
75 gm udang hidup (saiz sederhana)
3 sudu minyak
Garam,gula & lada sulah (mengikut rasa)
1 sudu kicap cair



Cara:
1. Sediakan bahan-bahan:Sediakan udang & campurkan dengan garam,lada hitam & gula. 

2. Bersihkan semua sayur-sayuran.Kupas bawang merah,bawang putih & biang biji cili. 
3. Basuh sawi . Hiris bawang merah,cincang bawang putih,mayang cili & rendam dalam air sejuk untuk hiasan &  
potong sawi (asingkan batang daripada daun). 
4. Menggoreng Sawi: Panaskan minyak di dalam kuali & goreng bawang merah & bawang putih hingga kuning. Tambahkan udang & 1-2 sudu air.
5. Goreng udang hingga merah warnanya. Masukkan batang sawi & kemudian daunnya dengan udang & 1-2 sudu air.
6. Goreng udang hingga merah warnanya. Masukkan batang sawi & kemudian daunnya dengan 2 sudu air. 
7. Masak selama beberapa minit. Goreng sawi jangan sampai lecur. Masukkan lada hitam,garam & sos. Hidangkan berhias cili.

TUMIS SAYUR LOBAK (SAWI)



Bahan-bahan:
sawi 1/2 labu bawang besar -di hiris
2 ulas bawang putih
,3 ulas bawang merah
,sedikit belacan ,ditumbuk
1 biji cili merah-di hiris

1 biji cili hijau dihiris

1 kiub ikan bilis


cara:

tumis bahan ,.tumbuk..masukan air
masukan kiub ikan bilis
masukan sayur kemudian masukkan cii merah dan cili hijau ,tutup api,

DAGING GORENG KUNYIT DENGAN KACANG


Bahan – bahan:
1/2 kilo daging dipotong nipis
kacang panjang dipotong serong
1 biji cili merah  dipotong
1 labu bawang besar dipotong bulat
serbuk kunyit
3 ulas bawang putih dimayang
garam ajinomoto
minyak masak

Cara:
Masukkan daging dalam kuali goreng tanpa minyak..masukkan serbuk kunyit,garam dan aji..goreng sampai airnya kering..bila airnya sudah kering masukkan minyak masak secukupnya..goreng lagi sampai daging masak ketepikan daging,masukkan bawang putih dan goreng sampai bawang putih kuning..masukkan bawang besar,cili merah dan kacau bersama-sama dengan daging biar rata..kemudian tutupkan api dan angkat..

Sedia dihidang

SUP BEBOLA IKAN

1bungkus bebola ikan
Pati ikan bilis
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
aun sup, daun bawang,bawang goreng
tauge
garam
Sedikit minyak

Tumbuk lumat bawang merah,bawang putih,ikan bilis..Tumis bahan tumbuk hingga naik bau..Masukkan 2 mangkuk air,..biarkan mendidih ..masukkan pati ikan bilis,garam,sikit aji,..Masukkan bebola ikan,taugeh,biarkan sebentar..Bia masak ,masukkan dalam mangkuk,..Taburkan daun sup,daun bawang dan bawang goreng

Sedia dihidang 

KUBIS GORENG DENGAN IKAN BILIS


Bahan-bahan:
600 gm kubis dipotong - gaul dengan serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kunyit
ikan bilis
1 labu bawang besar dipotong bulat
1biji cili merah dipotong
1 biji tomato dipotong
1/2 cawan air
2 ulas bawang merah,2 bawang putih,belacan – ditumbuk
Garam,,aji secukup rasa

SUP IKAN HARUAN


Bahan – bahan
3 ekor ikanharuan dipotong  3
1 inci halia – di tumbuk
4 ulas bawang merah ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
4-8 biji cili padi – diketuk
2 batang serai
sedikit serbuk lada sulah
1 camca besar sos tiram
1 sudu makan sos ikan
air untuk kuah secukupnya
garam
daun bawang
daun sup
Jus limau
bawang goreng
Cara memasak :
1. Tumis halia, bawang putih, bawang merah dan lada sulah hingga wangi. Kemudian masukkan cilipadi, ikan dan  air. Masak hingga kuah mendidih.
2.  Masukkan sos tiram, sos ikan,serai dan garam.
3.Bila sudah masak masukkan dalam mangkuk,perahkan sedikit air limau nipis.. taburkan daun bawang , daun sup dan bawang goreng,

4.Sedia dihidang

SUP CENDAWAN


  • 12 keping Cendawan
  • 9 biji bawang merah – tumbuk
  • 4 biji bawang putih – tumbuk
  • 1 inci halia dihiris – tumbuk
  • 1 sudu besar lada sulah
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit garam
  • sedikit aji
  • bawang goreng
  • daun sup – dipotong

GULAI KAWAH DAGING



Bahan-bahan:

500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan]
2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang [brown sugar]
2 keping asam keping
minyak
garam

Bahan dikisar:

20 tangkai cili kering
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai 
1 s/b rempah masak gulai
7 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

Bahan tumis:

2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisik, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
6. Bila mendidih masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan. 

My Blog List